Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Gaji guru prasekolah lonjak 15%

Gaji guru prasekolah naik sekitar 15 peratus dalam tempoh antara 2013 hingga 2016. Demikian menurut Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga Desmond Lee dalam sidang Parlimen hari ini (11 Jul).

Anggaran Waktu Membaca:
Gaji guru prasekolah lonjak 15%

(Gambar hiasan: PCF Sparkletots)

Diterbitkan : 11 Jul 2018 08:55PM Dikemas Kini : 11 Jul 2018 08:56PM

SINGAPURA: Gaji guru prasekolah naik sekitar 15 peratus dalam tempoh antara 2013 hingga 2016. Demikian menurut Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga Desmond Lee dalam sidang Parlimen hari ini (11 Jul).

Beliau menambah, kenaikan gaji ini lebih tinggi daripada kenaikan sebanyak 8 peratus bagi pekerjaan-pekerjaan lain dalam pasaran umum. Jumlah itu diperoleh daripada tinjauan Agensi Pembangunan Awal Kanak-Kanak (ECDA) 2016 yang memantau lebih 60 peratus tenaga kerja sektor itu.

Guru-guru yang mempunyai sijil kelayakan profesional membawa pulang gaji sehingga S$2,100 sebulan, sementara gaji guru kelulusan diploma mencecah S$3,000. Para pengetua kelulusan diploma pula meraih antara S$3,100 hingga S$6,000.

Tinjauan terhadap para graduan politeknik tahun lalu juga mendapati para pelajar yang baru sahaja lulus dan bekerja dalam sektor tersebut, membawa pulang gaji 20 peratus lebih tinggi berbanding gaji permulaan para graduan pada 2013.

Encik Desmond Lee juga menjangkakan guru prasekolah mempunyai masa depan yang cerah.

"Pada masa akan datang, ECDA menjangkakan gaji guru prasekolah terus tumbuh lebih rancak berbanding pekerjaan lain dalam pasaran. Sektor ini akan terus berkembang dan akan memerlukan 20,000 guru menjelang 2020 berbanding 17,000 guru buat masa ini," kata Encik Lee.

ECDA akan bekerjasama dengan para pengendali untuk memastikan gaji dan perkembangan kerjaya para guru sepadan dengan sumbangan dan kemahiran profesional mereka.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan