Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Gabungan sains, inovasi, teknologi boleh bawa kepada kemampanan negara: SMS Janil

Singapura sedang berdepan pelbagai cabaran dalam usahanya perubahan iklim. Maka itu, negara ini perlu mengenal pasti apa yang mesti dilakukan secara lebih baik dan bertindak cepat.

Anggaran Waktu Membaca:
Gabungan sains, inovasi, teknologi boleh bawa kepada kemampanan negara: SMS Janil
Diterbitkan : 13 Sep 2019 07:03PM Dikemas Kini : 13 Sep 2019 08:03PM

SINGAPURA: Singapura sedang berdepan pelbagai cabaran dalam usahanya perubahan iklim. Maka itu, negara ini perlu mengenal pasti apa yang mesti dilakukan secara lebih baik dan bertindak cepat.

Demikian menurut Menteri Negara Kanan Pengangkutan merangkap Perhubungan dan Penerangan, Dr Janil Puthucheary, yang menambah bahawa sains bersama inovasi serta teknologi boleh menyumbang kepada usaha kemampanan negara dengan ketara.

Dr Janil berkata demikian dalam acara Pesta one-north yang dianjurkan A*STAR, JTC dan Pusat Sains Singapura, dengan tema "Berinovasi bagi Bumi yang Mampan".

"Kampus one-north adalah rumah bagi banyak makmal A*STAR di mana para ahli saintis boleh bekerjasama dengan rakan kongsi sektor awam berhubung projek-projek inovasi, menyumbang kepada usaha Singapura ke arah mewujudkan sebuah ekonomi bulatan dan bergerak Menuju Sifar Sisa," ujar Dr Janil lanjut.

Di acara itu juga, terdapat sesi perkongsian oleh para saintis dan sekitar 30 gerai yang mempamerkan pengunaan teknologi bagi kehidupan mampan. 

Sumber : CNA/RU/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan