Funan dibuka semula jelang Jun, gabung teknologi dengan gaya hidup
Bangunan bersepadu Funan yang baru akan dibuka semula menjelang bulan depan.
SINGAPURA: Bangunan bersepadu Funan yang baru akan dibuka semula menjelang bulan depan.
Menggabungkan teknologi dengan konsep gaya hidup, Funan yang baru juga menawarkan sebuah laluan berbasikal dan kebun di tengah-tengah bandar.
Tarikan utama Funan kelak adalah struktur keluli setinggi 25 meter yang diberi nama Pokok Kehidupan. Ia menjanjikan para pengunjung pengalaman berbeza menerusi 20 pod runcit yang terdiri daripada bilik-bilik darjah serta bengkel untuk menonjolkan barangan dan hasil karya baru.
Bangunan Funan kini merangkumi ruang runcit, pejabat dan pangsapuri. Funan sekarang juga 85 peratus lebih besar daripada sebelumnya.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.