Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Franky Zapata beraksi dalam F1 dengan terbang di udara

Bukan kereta-kereta lumba sahaja yang menjadi sorotan di perlumbaan F1 hujung minggu lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Franky Zapata beraksi dalam F1 dengan terbang di udara

Franky Zapata menaiki satu alat yang mampu bergerak laju di udara semasa F1 Singapura. (Petikan gambar dari video Facebook)

Diterbitkan : 17 Sep 2018 09:24PM Dikemas Kini : 17 Sep 2018 09:31PM

SINGAPURA: Bukan kereta-kereta lumba sahaja yang menjadi sorotan di perlumbaan F1 hujung minggu lalu.

Sebuah lagi alat berkelajuan tinggi turut menarik perhatian ramai sehinggakan videonya menjadi tular di media sosial.

Jika anda mengikuti perlumbaan F1, pasti anda sudah melihat video yang menunjukkan seorang lelaki 'meluncur' di udara sekitar kawasan Marina Bay.

Beliau merupakan bekas juara jet ski dunia yang sentiasa mengimpikan untuk terbang tinggi, Franky Zapata. 'Papan luncur angin' miliknya dinamakan beliau sebagai 'Flyboard Air'.

Ia boleh bergerak selaju 200 kilometer sejam dan mengikut teorinya, mampu mencapai ketinggian sehingga 3,000 meter dari darat. Namun alat ini tidak dijual kepada orang awam.

Sebaliknya, ia digunakan sebagai alat bagi menunjukkan cara menggunakan produk-produk lain yang dikeluarkan syarikatnya.

Misalnya, versi lebih mudah dan selamat digunakan dipanggil, 'EZ Fly'. Ia disasarkan kepada angkatan-angkatan tentera di seluruh dunia. Sejauh ini, 10 negara menunjukkan minat terhadap rekaan itu.

Kini Franky Zapata sedang dalam proses membina sebuah kereta yang boleh terbang. Beliau berharap ia dapat didedahkan kepada orang ramai awal tahun depan.  

Sumber : CNA/NT/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan