Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Forum perbincangan rancakkan hubungan 2 hala S'pura-Indonesia

Lebih banyak interaksi di peringkat akar umbi antara warga Singapura dan Indonesia dapat membantu meningkatkan hubungan dua hala.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 08 Dec 2017 06:44PM Dikemas Kini : 08 Dec 2017 11:37PM

SINGAPURA: Lebih banyak interaksi di peringkat akar umbi antara warga Singapura dan Indonesia dapat membantu meningkatkan hubungan dua hala.

Demikian pandangan diplomat veteran Encik Tan Chin Tiong yang juga pengarah pusat penyelidikan ISEAS - Institut Yusok Ishak.

Beliau bercakap di forum mengenai hubungan Singapura-Indonesia sebagai sebahagian daripada perayaan sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.

Isu-isu yang dibincangkan termasuk pembangunan bandar-bandar bijak dan sektor ekonomi baru seperti ekonomi digital.

Duta Indonesia ke Singapura, Encik Ngurah Swajaya pula berkata isu-isu yang dibincangkan adalah sejajar dengan perundingan antara pemimpin kedua negara pada bulan September.

Antara lain, mereka bersetuju untuk membangunkan kerjasama dua hala dalam sektor ekonomi digital. 

Sumber : CNA/FZ/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan