Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Foodpanda, ST Engineering jalin kerjasama uji penghantaran makanan guna dron

Foodpanda memeterai perjanjian dengan Singapore Technologies (ST) Engineering pada Mac lalu untuk menggunakan DroNet iaitu sistem rangkaian dron milik ST Engineering, bagi menguji penghantaran "barang makanan ringan" pada jarak sejauh tiga kilometer.

Anggaran Waktu Membaca:
Foodpanda, ST Engineering jalin kerjasama uji penghantaran makanan guna dron

(Gambar: Mediacorp)

Diterbitkan : 13 Aug 2020 09:59PM Dikemas Kini : 13 Aug 2020 10:00PM

SINGAPORE: Foodpanda memeterai perjanjian dengan Singapore Technologies (ST) Engineering pada Mac lalu untuk menggunakan DroNet iaitu sistem rangkaian dron milik ST Engineering, bagi menguji penghantaran "barang makanan ringan" pada jarak sejauh tiga kilometer.

Kerjasama itu yang diberi nama PandaFly, bertujuan menyaksikan penggunaan dron bagi membawa dan menghantar tempahan ulang alik dari tempat-tempat pengambilan yang ditetapkan di merata Singapura, dengan salah seorang daripada 12,000 pemandu penghantaran Foodpanda melakukan penghantaran tahap akhir.

"Keinginan utama dalam melakukan penghantaran menggunakan dron adalah untuk menawarkan lebih banyak pilihan kepada para pelanggan kami," kata Pengarah Urusan Foodpanda Singapore Luc Andreani.

Beliau mengatakan meskipun penghantaran makanan dari kawasan bandar - di mana terletaknya sebahagian besar kedai-kedai makan - kepada para pelanggan di kawasan kejiranan dapat dilakukan menggunakan motosikal, ia akan mengambil masa yang lebih lama, sekali gus akan menjejas mutu makanan.

PandaFly membolehkan Foodpanda melakukan penghantaran ke seluruh Singapura tanpa perlu mengorbankan aspek itu, katanya.

Di peringkat awal, pelaburan teknologi itu akan memakan kos yang tinggi, kata Encik Andreani, tetapi para pelanggan tidak perlu menanggung "kos penghantaran yang terlampau tinggi".

"Ideanya adalah untuk mengekalkan yuran penghantaran pada harga stabil supaya para pelanggan tidak merasakan sebarang kelainan," katanya sambil menambah bahawa ekonomi skala bermakna penggunaan dron yang lebih banyak akan dapat mengurangkan harga jualan makanan.

Beliau bagaimanapun tidak mengatakan bila penggunaan dron bagi penghantaran makanan akan ditawarkan secara lebih meluas.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan