Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Florence Chua, wanita pertama jadi Pengarah CID berkuat kuasa 1 Jun

Buat kali pertama dalam sejarah Jabatan Siasatan Jenayah (CID), ia akan diterajui seorang wanita. Ini menyusuli satu pertukaran kepimpinan dalam jabatan tersebut.

Anggaran Waktu Membaca:
Florence Chua, wanita pertama jadi Pengarah CID berkuat kuasa 1 Jun

Florence Chua, wanita pertama jadi Pengarah CID. (Gambar: SPF)

Diterbitkan : 29 May 2018 12:21AM Dikemas Kini : 29 May 2018 12:23AM

SINGAPURA: Buat kali pertama dalam sejarah Jabatan Siasatan Jenayah (CID), ia akan diterajui seorang wanita. Ini menyusuli satu pertukaran kepimpinan dalam jabatan tersebut.

Penolong Pesuruhjaya Polis Kanan, Florence Chua Siew Lian, yang sekarang menyandang jawatan sebagai Pengarah Jabatan Risikan Polis (PID), akan menjadi ketua CID pada 1 Jun. Beliau mengambil alih tugas Timbalan Pesuruhjaya Polis Tan Chye Hee, menurut Pasukan Polis Singapura (SPF) dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini (28 Mei).

Wanita berusia 52 tahun itu juga pada masa yang sama akan berkhidmat sebagai Timbalan Pesuruhjaya (Siasatan dan Risikan) berkuat kuasa hari yang sama.

Beliau bakal mencatat satu lagi sejarah dengan menjadi wanita pertama yang menyandang jawatan Timbalan Pesuruhjaya Polis.

Cik Chua tidak asing lagi di CID kerana pernah berkhidmat sebagai timbalan pengarahnya, antara jawatan-jawatan utama lain sepanjang kerjaya beliau dalam pasukan polis selama 29 tahun. Ini termasuk Komander Divisyen Polis Jurong.

Sebagai pengarah PID, beliau mengarahkan operasi berdasarkan maklumat risikan untuk mematahkan kumpulan-kumpulan jenayah terancang, pemiutang wang haram dan sindiket-sindiket penipuan. Ini termasuk tindakan keras ke atas sindiket terbesar perjudian haram yang menjadi kes pertama didakwa di bawah Akta Jenayah Terancang.

Cik Chua berkata beliau "berbesar hati" atas kedua-dua pelantikan dan memuji Encik Tan atas "kemimpinan utuh" beliau menerajui kumpulan siasatan untuk memulakan "perubahan besar untuk bersiap sedia berdepan cabaran-cabaran pada masa akan datang".

Berikrar untuk meneruskan usaha-usaha Encik Tan dan bekerjasama dengan kakitangan CID untuk "terus mempertingkat keupayaan membanteras jenayah", Cik Chua menambah: "Saya juga menyasarkan untuk terus memperkukuh kerjasama antara kumpulan-kumpulan Siasatan dan Risikan dalam membanteras jenayah yang kian berubah-ubah supaya Singapura kekal selamat."

Sumber : Today/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan