Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Flat HDB Tampines terbakar: 4 dikejarkan ke hospital

Seramai empat orang dikejarkan ke hospital kerana terhidu asap ekoran kebakaran di sebuah blok di Tampines pada Isnin (15 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
Flat HDB Tampines terbakar: 4 dikejarkan ke hospital

Kesan kebakaran di flat Tampines (Gambar: Facebook/SCDF)

Diterbitkan : 15 Apr 2019 04:15PM Dikemas Kini : 15 Apr 2019 04:18PM

SINGAPURA: Seramai empat orang dikejarkan ke hospital kerana terhidu asap ekoran kebakaran di sebuah blok di Tampines pada Isnin (15 Apr).

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menyatakan pihaknya dimaklumkan tentang kebakaran itu pada sekitar 9.15 pagi di Blok 492E Tampines Street 45.

Kebakaran yang berlaku melibatkan barangan rumah yang dilonggok sepanjang koridor tingkat 11, menurut SCDF. Seramai 20 penduduk dari tingkat sembilan hingga 12 diarahkan oleh pihak polis supaya berpindah ke tempat selamat.

Seorang lelaki dewasa dan budak lelaki yang terhidu asap masing-masing digegaskan ke Hospital Besar Singapura (SGH) dan Hospital KK bagi Wanita dan Kanak-Kanak.

Dua lagi yang dibawa ke hospital adalah anggota pasukan respons barisan hadapan masyarakat yang cuba memadamkan api menggunakan hos air sebelum ketibaan anggota bomba.

Pasukan respons barisan hadapan masyarakat adalah sukarelawan berdaftar yang dikerahkan menerusi app mudah alih SCDF untuk bertindak apabila berlaku kecemasan. App tersebut memaklumkan mereka jika berlaku kebakaran kecil dalam jarak 400 meter dari lokasi mereka.

SCDF kemudian berjaya memadamkan kebakaran meggunakan jet air.

"Menghadang kawasan umum boleh menghalang kerja-kerja memadamkan api, memindahkan orang dan menggegaskan mangsa ketika kecemasan perubatan," menurut satu kenyataan SCDF di laman Facebook.

Pihaknya menambah anggota awam boleh membuat aduan tentang bahaya tersebut menerusi hotline 1800 280 0000 atau app mudah alih myResponder.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan