Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Flat di Lorong Ah Soo terbakar, 3 penduduk mengalami kesukaran bernafas

Tiga penduduk mengalami kesukaran bernafas kerana penyedutan asap selepas sebuah flat HDB di tingkat dua, di Lorong Ah Soo terbakar

Anggaran Waktu Membaca:
Flat di Lorong Ah Soo terbakar, 3 penduduk mengalami kesukaran bernafas

Kebakaran di Lorong Ah Soo. (Gambar: Facebook/Humayun Kabir)

Diterbitkan : 21 Jul 2018 09:22PM Dikemas Kini : 21 Jul 2018 09:23PM

SINGAPURA: Tiga penduduk mengalami kesukaran bernafas kerana penyedutan asap selepas sebuah flat HDB di tingkat dua, di Lorong Ah Soo terbakar pada tengah hari tadi (21 Jul).

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menyatakan pihaknya dimaklumkan tentang kebakaran di Blok 142, Lorong Ah Soo itu, pada sekitar 1.30 tengah hari.

Kebakaran menjejas barangan dalam dapur dan dipadamkan SCDF menggunakan jet air.

Dua wanita dan seorang lelaki diperiksa anggota paramedik di tempat kejadian dan enggan dibawa ke hospital.

Pihak Mediacorp difahamkan bahawa ketiga-tiga penduduk itu tinggal di blok yang sama, tetapi bukan penghuni flat yang mengalami kebakaran. Para penghuni flat berkenaan tidak berada di rumah apabila anggota bomba tiba.

Sumber : CNA/HS/hs
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan