Images
  • jurong kebakaran
    Petikan video menunjukkan kebakaran di Taman Jurong pada 18 Ogos (Petikan video: Amanraj Singh)

Flat di Jurong terbakar; 4 dibawa ke hospital

SINGAPURA: Empat orang dibawa ke hospital setelah sebuah flat di Jurong terbakar pada Ahad malam (18 Ogos).

Kebakaran dilaporkan di tingkat lima sebuah flat di Blok 158 Yung Loh Road pada sekitar 7.45 malam, menurut Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF).

Satu klip video yang dikirimkan kepada Mediacorp menunjukkan para anggota bomba di tempat kejadian, dengan api kelihatan di dalam flat berkenaan.

Seorang wanita kelihatan berada di belebas dapur untuk cuba menyelamatkan diri.

Menurut SCDF, kebakaran tercetus dalam ruang tamu flat itu dan dipadamkan menggunakan jet air.

Empat orang dibawa ke Hospital Besar Singapura dan Hospital Besar Ng Teng Fong.

Punca kebakaran masih sedang disiasat.

- CNA/TQ/tq

Top