Images
  • fitness
    (Gambar: Fitness First Singapore)

Fitness First Singapore nafi notis yang dakwa kelabnya ditutup akibat virus Wuhan

SINGAPURA: Satu notis yang tular secara online mendakwa bahawa penutupan cawangan-cawangan Fitness First Singapore yang disebabkan oleh penularan virus Wuhan adalah "palsu", menurut rangkaian gim itu pada Khamis (30 Jan).

"Kami mendapat tahu bahawa satu notis palsu sedang tular di beberapa aplikasi pesanan yang mendakwa bahawa kelab-kelab Fitness First Singapore ditutup sehingga dimaklumkan ia dibuka semula," menurutnya dalam satu kenyataan yang dimuat naik di Facebook.

"Kami ingin menjelaskan bahawa ini tidak benar dan semua kelab kami beroperasi seperti biasa.

"Kami akan membuat aduan polis dan akan bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa untuk menyiasat perkara itu," tambahnya.

Notis palsu itu serupa dengan apa yang dimuat naik oleh Fitness First Singapore di laman rasmi Facebooknya pada Rabu, menyatakan: "Dengan jumlah kes virus Wuhan yang kian meningkat, lebih banyak langkah perlindungan akan dilaksanakan bagi memastikan kesihatan dan keselamatan anda di kelab-kelab tersebut."

Dua gambar dimuat naik dengan catatan itu, memaparkan langkah-langkah seperti pembersihan yang lebih kerap, lebih banyak botol 'hand sanitiser' atau cecair nyah kuman serta perisytiharan kesihatan dan ke luar negara. Syarikat itu juga mengingatkan ahli anggotanya dan tetamu untuk mengamalkan kebersihan peribadi yang baik.

"Bagi kebaikan ahli anggota dan kakitangan yang lain, sekiranya anda tidak berasa sihat dan menunjukkan simptom virus itu, kami menggalak anda untuk mendapatkan rawatan secepat mungkin dan mengelak daripada bersenam buat sementara waktu," tambah Fitness First.

Dalam satu respons kepada soalan Mediacorp, pengurus Fitness First Singapore Anil Chugani berkata pada Khamis (30 Jan) bahawa syarikat itu sedang memantau dengan teliti perkembangan mengenai penularan virus itu dan memastikan ia kekal relevan dengan garis panduan Kementerian Kesihatan.

Ini supaya pihaknya boleh mengubah suai langkah-langkah perlindungan yang dilaksanakannya. 

- CNa/NA/na

Top