Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Firma S'pura didenda import secara haram 2 tan sayur segar dari M'sia

Sebuah syarikat didenda S$6,000 pada Rabu (29 Mei) kerana mengimport secara haram lebih dua tan sayur-sayuran segar dari Malaysia. Demikian menurut Agensi Makanan Singapura (SFA) dalam kenyataan medianya.

Anggaran Waktu Membaca:
Firma S'pura didenda import secara haram 2 tan sayur segar dari M'sia
Diterbitkan : 30 May 2019 08:01AM Dikemas Kini : 30 May 2019 08:03AM

SINGAPURA: Sebuah syarikat didenda S$6,000 pada Rabu (29 Mei) kerana mengimport secara haram lebih dua tan sayur-sayuran segar dari Malaysia. Demikian menurut Agensi Makanan Singapura (SFA) dalam kenyataan medianya.

Para pegawai Penguasa Agromakanan dan Veterinar (AVA) menemui enam jenis sayur-sayuran yang tidak diisytiharkan seberat 1,219 kilogram pada November 2017 dalam konsainan sayur-sayuran yang diimport oleh Harborlift Fresh Food.

SFA menambah dua jenis sayur-sayuran yang tidak diisytiharkan, seberat 750 kilogram kesemuanya, juga ditemui.

Dua lagi jenis sayur di mana syarikat itu sudahpun digantung daripada mengimportnya dari Malaysia, turut ditemui dalam konsainan yang sama. Para pegawai menemui 181 kilogram sayur-sayuran tersebut.

Kesemua konsainan haram sudahpun dirampas dan dihapuskan.

SFA menyatakan: "Produk-produk makanan yang diimport secara haram adalah daripada sumber-sumber yang tidak diketahui dan ia membawa risiko terhadap keselamatan makanan. Di Singapura, makanan yang diimport mesti mematuhi peraturan SFA dan piawai keselamatan makanan."

"Makanan hanya boleh diimport oleh para pengimport berlesen dan setiap konsainan mesti diisytiharkan serta mempunyai permit import yang sah."

Para pesalah yang mengimport makanan secara haram boleh didenda sehingga S$10,000 dan/atau dipenjara sehingga tiga tahun.

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan