Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Firma perdagangan Forex Pareto disiasat langgar skim pelaburan; 2 pengarah diberkas

Pasukan Polis Singapura pada Isnin (17 Feb) menyatakan Jabatan Ehwal Komersil (CAD) sedang menyiasat satu skim pelaburan melibatkan Pareto SG Pte Ltd, Pareto International Holdings Limited dan Veritas Global Exchange.

Anggaran Waktu Membaca:
Firma perdagangan Forex Pareto disiasat langgar skim pelaburan; 2 pengarah diberkas

(Gambar: Pareto SG/Facebook)

Diterbitkan : 17 Feb 2020 07:51PM Dikemas Kini : 17 Feb 2020 07:52PM

SINGAPURA Pasukan Polis Singapura pada Isnin (17 Feb) menyatakan Jabatan Ehwal Komersil (CAD) sedang menyiasat satu skim pelaburan melibatkan Pareto SG Pte Ltd, Pareto International Holdings Limited dan Veritas Global Exchange.

CAD sedang menyiasat kemungkinan pelanggaran dan kesalahan di bawah Kanun Keseksaan serta Akta Sekuriti dan Masa Hadapan, menurut polis.

Sejak 2019, Pareto SG memasarkan peluang pelaburan melibatkan perdagangan Contract For Difference (CFD) bagi pertukaran asing.

Para pelabur membuka akaun perdagangan online dengan broker luar negara, Veritas Global Exchange.

Mereka kemudian memindahkan wang ke sebuah akaun bank luar negara yang dimilki Pareto International.

Pengarah Pareto International berusia 34 tahun didakwa di mahkamah pada 15 Februari bagi kesalahan menipu seorang individu yang melabur ke dalam peluang perdagangan CFD Trading yang dipasarkan oleh Pareto SG, menurut polis.

Ia menambah seorang pengarah Pareto SG berusia 39 tahun juga ditangkap bagi kesalahan yang sama, berkaitan dengan siasatan itu.

PELABUR PARETO HARUS FAILKAN ADUAN POLIS

Sesiapa yang sudahpun melabur menerusi Pareto SG dinasihati memfailkan laporan polis secara online, menurut polis.

"Untuk membantu kami menyemak aduan anda, anda harus menyatakan nama dan maklumat hubungan kakitangan Pareto SG yang berurusan dengan anda. Selain itu, anda harus menyatakan secara jelas tarikh dan jumlah pelaburan anda serta sebarang pengeluaran."

"Anda juga harus memuat naik salinan dokumen yang diserahkan dan diterima bagi pelaburan itu," tambah polis.

Selain itu, para pelabur juga boleh membuat aduan polis secara sendiri, menurut polis, sambil menambah bahawa mereka harus membawa salinan dokumen-dokumen berkenaan apabila hadir ke balai polis untuk memfailkan aduan.  

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan