Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Firma khidmat basmi kuman tidak menang tangan penuhi permintaan kian melonjak

Syarikat-syarikat pembasmian kuman melihat permintaan meningkat sehingga seganda daripada biasa sedang tempat-tempat kerja bersiap untuk dibuka semula atau meningkatkan operasi selepas tempoh pemutus rantaian jangkitan COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 31 May 2020 08:04PM Dikemas Kini : 31 May 2020 09:27PM

SINGAPURA: Syarikat-syarikat pembasmian kuman melihat permintaan meningkat sehingga seganda daripada biasa sedang tempat-tempat kerja bersiap untuk dibuka semula atau meningkatkan operasi selepas tempoh pemutus rantaian jangkitan COVID-19.

Ada yang menghadapi masalah untuk memenuhi permintaan dan berusaha untuk merekrut lebih ramai pekerja.

Klinik estetik, CSK Aesthetics and Surger, di Orchard misalnya bersiap untuk menyambung beberapa perkhidmatan dengan menjalankan kerja pembasmian kuman premisnya walaupun ia belum mengalami sebarang kes COVID-19.

Syarikat pembersihan yang dipanggilnya, Ikari Services, menerima pertanyaan bagi perkhidmatannya melonjak 50 peratus.

Kebanyakannya adalah dari sektor yang mementingkan kebersihan, termasuk makanan dan minuman (F&B).

"Bagaimanapun, perniagaan sebenar yang kami terima mungkin adalah sekitar peningkatan 10 peratus. Saya rasa ini kerana kebanyakan pelanggan kami sebenarnya mencari khidmat pembasmian kuman sebagai langkah bersiap sedia sekiranya premisnya terpalit COVID-19," kata Ketua Pegawai Operasi Ikari Services, Sheryl Ang.

"Saya ada pelanggan yang mencari perkhidmatan sekali sahaja serta juga klien yang mencari lebih daripada sekadar itu untuk dilakukan secara kerap."

Sebuah lagi syarikat 'Big Red' mengatakan ia dibanjiri permintaan walaupun setelah menggajikan sehingga 15 lagi teknisyen atau 20 peratus tambahan tenaga kerjanya.

"Kami tidak pernah menolak pelanggan. Kami sudahpun, sejujurnya, memberitahu mereka bahawa kami tidak dapat melakukannya dengan segera tetapi hanya dalam masa dua atau tiga hari kemudian. Bagi kes COVID-19 yang disahkan, ia selalu menjadi keutamaan," kata Pengarah Pembangunan Perniagaan Big Red, Pankhil Desai.

Walaupun syarikat ini merancang untuk mengambil lebih banyak pekerja, ia bukan mudah kerana ramai yang takut tentang kemungkinan terdedah kepada virus COVID-19. 

Sumber : CNA/MM/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan