FestivalForGood kumpulkan 130 perusahaan sosial bagi tangani isu di tengah pandemik COVID-19
Sebuah platform online selama sebulan yang melibatkan lebih 130 perusahaan sosial tempatan dan serantau berharap dapat menangani isu-isu seperti peluang pekerjaan di tengah-tengah pandemik.
SINGAPURA: Sebuah platform online selama sebulan yang melibatkan lebih 130 perusahaan sosial tempatan dan serantau berharap dapat menangani isu-isu seperti peluang pekerjaan di tengah-tengah pandemik.
FestivalForGood yang diadakan setiap tahun anjuran Pusat Perusahaan Sosial Singapura dilancarkan hari ini (24 Okt).
Para pengunjung boleh memilih pelbagai produk dan perkhidmatan yang disediakan perusahaan-perusahaan sosial.
Perusahaan sosial seperti Findjobs juga membantu memadankan mereka yang sedang mencari kerja menerusi aplikasi telefon bijak.
"Perusahaan sosial menghadapi cabaran untuk menyalurkan sumber-sumber bagi mencapai matlamat sosial dan pada masa yang sama kekal berdaya saing dan menguntungkan.
"Ia bukan hal yang mudah. Perusahaan sosial yang sudah berjaya dan berkembang boleh menjadi model kepada masyarakat dan ekonomi yang lebih luas dengan menunjukkan bahawa kita boleh melakukan kebaikan dan juga berjaya," kata Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Masagos Zulkifli.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.