Feri Indonesia membawa 45 orang terkandas di Pulau Tekong
Sebuah feri yang membawa 45 penumpang terkandas di Pulau Tekong di dalam perairan Singapura pada Isnin (9 Jul) menurut kenyataan media Penguasa Pelabuhan dan Maritim Singapura (MPA).
SINGAPURA: Sebuah feri yang membawa 45 penumpang terkandas di Pulau Tekong di dalam perairan Singapura pada Isnin (9 Jul) menurut kenyataan media Penguasa Pelabuhan dan Maritim Singapura (MPA).
MPA menyatakan pihaknya menerima laporan pada sekitar 11.40 malam bahawa feri dengan bendera Indonesia, Sri Kandi 99, terkandas setelah melanggar batu di selatan Pulau Tekong.
Feri tersebut sedang dalam perjalanan pulang dari kapal penumpang yang berdaftar di Panama, Aegean Paradise yang sedang berlabuh di selatan Pengerang, Johor, ke Pasir Gudang, Johor, apabila insiden tersebut berlaku.
Ia membawa 34 penumpang - 33 warga Malaysia dan seorang warga Vietnam, serta 11 kru Indonesia pada waktu itu.
"Semua 45 orang penumpang selamat dan diperkirakan," menurut MPA.
Para penumpang dipindahkan ke feri berlainan, Camara Samudra dan turun dari feri di Tanjong Pengelih, Johor pada 5.15 pagi. Kakitangan feri sedang membantu dalam siasatan.
Tiada kecederaan atau limpahan minyak dilaporkan, menurut MPA. Pihak berkuasa itu menambah pemilik feri itu sedang berusaha untuk "mengapungkan semula" feri itu.
MPA sedang menyiasat kejadian tersebut.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.