Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Fasa pertama ujian klinikal vaksin COVID-19 Duke-NUS, Arcturus hasilkan keputusan memberangsangkan

Vaksin COVID-19 ciptaan Sekolah Perubatan Duke-NUS dan syarikat Arcturus Therapeutics sudah selesai menjalani ujian klinikal Fasa Pertama melibatkan manusia pada bulan lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Fasa pertama ujian klinikal vaksin COVID-19 Duke-NUS, Arcturus hasilkan keputusan memberangsangkan

(Gambar: Duke-NUS)

Diterbitkan : 29 Dec 2020 08:37PM Dikemas Kini : 29 Dec 2020 08:43PM

SINGAPURA: Vaksin COVID-19 ciptaan Sekolah Perubatan Duke-NUS dan syarikat Arcturus Therapeutics sudah selesai menjalani ujian klinikal Fasa Pertama melibatkan manusia pada bulan lalu.

Keputusan ujian vaksin Lunar-COV19 itu memberangsangkan.

Ujian Fasa Kedua yang bermula minggu depan melibatkan 100 peserta di Singapura dan 500 lagi di Amerika Syarikat.

Fasa Kedua akan melihat aspek keselamatan vaksin itu dan dos yang optimum.

Fasa terakhirnya pula dijadualkan bermula pada suku kedua tahun depan dan akan melibatkan lebih 10,000 peserta di beberapa negara.

Ujian Fasa Ketiga itu ditangguhkan untuk memberi laluan kepada ujian versi terbaru vaksin itu yang tidak memerlukannya disimpan dalam suhu yang sejuk seperti vaksin-vaksin lain.

Para penyelidik berharap vaksin itu akan mendapat lesen menjelang akhir tahun depan. 

Sumber : CNA/NZ/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan