Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Faisal Manap harap inisiatif Belanjawan tak kecualikan golongan tertentu

Anggota Parlimen (AP) pembangkang, Muhamad Faisal Abdul Manap, melahirkan sokongannya terhadap peruntukan Belanjawan tahun ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 05 Apr 2016 08:21PM Dikemas Kini : 05 Apr 2016 11:55PM

SINGAPURA: Anggota Parlimen (AP) pembangkang, Muhamad Faisal Abdul Manap, melahirkan sokongannya terhadap peruntukan Belanjawan tahun ini.

Bagaimanapun, beliau berharap pelbagai inisiatif yang diperkenalkan tidak mengecualikan sesetengah golongan tertentu.

Misalnya, nasib rakyat tempatan yang kehilangan pekerjaan disebabkan oleh penggunaan automasi, serta pergabungan dan pengambilalihan syarikat-syarikat.

Encik Faisal, yang berkata demikian di Parlimen hari ini (5 Apr), juga meminta supaya skim-skim sosial seperti KidSTART dan Geran Langkah Pertama Akaun Pembangunan Anak, dilanjutkan kepada anak-anak luar nikah.

"Pendekatan pada isu ini perlu diubah supaya anak-anak dari golongan ini apabila dewasa kelak, tidak terasa tersisir, dipinggirkan, berasa marah kerana masyarakat seperti menyalahkan mereka di atas perbuatan kedua-dua ibu bapa mereka.

"Saya percaya kerjasama pihak pemerintah dalam memberi sokongan terhadap proses pembangunan setiap anak-anak warga Singapura, tidak kira status mereka, dialu-alukan oleh masyarakat Singapura," kata Encik Faisal. 

Sumber : BERITA Mediacorp/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan