Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

FairPrice tarik balik produk asparagus dalam tin jenama Golden Chef

FairPrice mengarahkan agar produk Asparagus Laut dalam tin jenama Golden Chef ditarik balik kerana "kecacatan kecil" pada permukaan tin.

Anggaran Waktu Membaca:
FairPrice tarik balik produk asparagus dalam tin jenama Golden Chef

(Gambar: NTUC FairPrice)

Diterbitkan : 30 Jan 2019 07:58PM Dikemas Kini : 30 Jan 2019 08:00PM

SINGAPURA: FairPrice mengarahkan agar produk Asparagus Laut dalam tin jenama Golden Chef ditarik balik kerana "kecacatan kecil" pada permukaan tin.

Menjawab pertanyaan pembeli di Facebook dan secara online, rangkaian pasar raya itu pada Rabu (30 Jan) menyatakan ia mengambil langkah menarik balik tin-tin 'Golden Chef Sea Asparagus' seberat 435g "sebagai langkah berjaga-jaga".

"Kecacatan kecil ditemui pada permukaan tin semasa pemeriksaan rutin kami," menurut FairPrice.

"Kami sudah menarik balik produk itu sedang siasatan lanjut diadakan untuk memastikan tahap keselamatan makanan dan mutu piawaian dipenuhi."

Para pelanggan yang membeli produk dengan tarikh luput 28 Disember 2020 boleh mengembalikannya ke kedai yang sama dengan resit pembelian untuk mendapatkan kembali wang mereka, menurut pasar raya itu lagi.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan