Images
  • ntuc
    (Gambar: NTUC FairPrice)

FairPrice akan perkenal 300 produk baru jenamanya

SINGAPURA: Para pelanggan pasar raya NTUC FairPrice boleh menjangkakan lebih banyak produk di bawah jenamanya.

FairPrice akan memperkenalkan 300 produk baru jenamanya dalam masa setahun akan datang.

Hari ini (8 Okt), ia melancarkan fasa pertama dengan memperkenalkan 30 produk baru di kesemua cawangannya. Ini termasuk beras, minyak zaitun, teh hijau, tisu muka dan kerepek kentang.

FairPrice menawarkan lebih 2,000 produk jenamanya di bawah jenama berlainan termasuk FairPrice, Pasar, Harvest Fields, Golden Chef dan Life.

Rangkaian pasar raya itu menyatakan, produk-produk jenamanya akan diberikan wajah yang baru, sekaligus mencerminkan ciri-ciri produknya dengan lebih baik seperti negara asalnya serta nilai zat.

Ia bagi membantu para pengguna membuat keputusan lebih bijak semasa berbelanja. 

- CNA/NA/na

Top