Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Fahmi Aliman dilantik Timbalan Ketua Eksekutif terbaru MUIS

Seorang mantan Kolonel Angkatan Bersenjata Singapura (SAF), Encik Fahmi Aliman, kini menyertai Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) selaku Timbalan Ketua Eksekutif (CE).

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Seorang mantan Kolonel Angkatan Bersenjata Singapura (SAF), Encik Fahmi Aliman, kini menyertai Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) selaku Timbalan Ketua Eksekutif (CE).

Ini bermakna, MUIS kini sekali lagi mempunyai dua orang Timbalan CE. Seorang lagi Timbalan CE ialah Dr Albakri Ahmad, yang juga merupakan Dekan Akademi MUIS.

Timbalan CE sebelum ini, iaitu Encik Esa Han Hsien Masood sudahpun dilantik menjadi CE MUIS berkuat kuasa 1 Jan 2019.

Pelantikan Encik Fahmi selaku salah seorang pegawai paling kanan dalam MUIS itu diumumkan Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli, di Seminar Pelan Kerja MUIS 2019.

Beliau sudahpun menyertai MUIS secara rasmi sejak 1 Februari tahun ini.

Encik Fahmi sebelum ini pernah menyandang jawatan sebagai Komander Briged Infantri dan sudah bertugas dalam SAF selama 26 tahun.

MASAGOS: MUIS PERLU DIPERKASA SEBAGAI SEBUAH PERTUBUHAN

Encik Masagos berkata pelantikan tersebut dibuat demi memastikan MUIS dapat diperkasakan lagi sebagai sebuah pertubuhan di sini.

Ini dilakukan dengan dengan mengambil pegawai yang berbakat dari perkhidmatan awam, "yang berpengalaman dalam pembentukan dasar, operasi, serta kemahiran-kemahiran khusus."

Selain pelantikan Encik Fahmi, Cik Shahla Iqbal dari Pejabat Peguam Negara turut dilantik sebagai pengarah undang-undang pertama MUIS. 

Sumber : BERITA Mediacorp/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan