Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Facebook tawarkan geran S$4.75 juta kepada perniagaan kecil S'pura terjejas oleh COVID-19

Facebook akan menawarkan geran sekitar S$4.75 juta kepada perniagaan kecil di Singapura yang terjejas oleh COVID-19, menurut syarikat itu pada Rabu (16 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
Facebook tawarkan geran S$4.75 juta kepada perniagaan kecil S'pura terjejas oleh COVID-19

(Gambar hiasan: REUTERS/Dado Ruvic)

Diterbitkan : 16 Sep 2020 03:02PM Dikemas Kini : 16 Sep 2020 03:12PM

SINGAPURA: Facebook akan menawarkan geran sekitar S$4.75 juta kepada perniagaan kecil di Singapura yang terjejas oleh COVID-19, menurut syarikat itu pada Rabu (16 Sep).

Kira-kira 800 perusahaan tempatan yang menggajikan antara dua dengan 50 orang dijangka meraih manfaat daripada geran-geran itu, menurut Facebook dalam satu kenyataan media.

Setiap geran berjumlah S$5,500, merangkumi wang tunai S$3,500 dan pilihan kredit iklan sebanyak S$2,000.

Permohonan untuk geran dibuka pada Rabu hingga 22 Sep.

Untuk layak bagi geran tersebut, syarikat-syarikat mesti sudah menjalankan perniagaan selama lebih setahun dan "menghadapi cabaran akibat pandemik", kata Facebook. Perniagaan-perniagaan tidak perlu mempunyai sebarang kehadiran di Facebook untuk memohon geran tersebut.

Menukil kajian yang sedang dijalankan oleh Bank Dunia, OECD dan Facebook yang bertajuk 'State of Small Business Report' atau Laporan Keadaan Perniagaan Kecil, firma teknologi itu menyatakan bahawa hampir 58 peratus syarikat kecil dan sederhana (SME) yang ditinjau di Singapura melaporkan keprihatinan tentang aliran tunai dalam beberapa bulan mendatang.

Laporan itu juga menunjukkan bahawa perniagaan kecil telah "berusaha sedaya upaya untuk memanfaatkan wadah digital" dengan mengalihkan operasi ke dalam talian, tambah Facebook.

Dalam kalangan syarikat-syarikat kecil dan sederhana di Singapura yang beroperasi di Facebook, 62 peratus menyatakan bahawa 25 peratus atau lebih penjualan mereka dilakukan secara digital pada bulan lalu.

Jualan runcit di Singapura susut 8.5 peratus dari tahun ke tahun pada Julai sedang pandemik COVID-19 terus menjejas sektor itu, satu peningkatan berbanding kemerosotan 27.7 peratus pada Jun, menurut perangkaan dari Jabatan Statistik (SingStat).

Facebook menyatakan bahawa pihaknya telah menambah cara untuk perniagaan kecil memasarkan produk mereka secara online melalui wadah media sosialnya, termasuk Facebook Shops dan Instagram Shopping.

"Perniagaan kecil adalah nadi masyarakat kita dan tulang belakang ekonomi kita. Mereka juga antara yang paling teruk terjejas akibat COVID-19, yang meninggalkan kesan ke atas kehidupan dan mata pencarian ramai warga Singapura - dan kini menjadi semakin penting untuk kita bergerak ke hadapan bersama dalam masa-masa yang mencabar ini," kata pengarah negara Facebook Singapura, Damian Kim.

"Kami menggembleng sumber-sumber ini untuk menyokong perniagaan kecil di sini, sedang kami berusaha memainkan peranan kami dalam menyokong pemulihan ekonomi dan berusaha untuk bangkit lebih kuat daripada pandemik ini."

Facebook yang mempunyai operasi di lebih 30 negara akan menawarkan geran bernilai AS$100 juta kepada 30,000 perniagaan di negara-negara tersebut, menurut laman webnya.


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan