Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Facebook keluarkan notis pembetulan pada catatan States Times Review

Facebook mengeluarkan notis pembetulan buat kali pertama di wadahnya bagi satu catatan Facebook States Times Review. Ini setelah ia diarahkan berbuat demikian pada Jumaat (29 Nov) oleh pejabat yang menyelia Akta Perlindungan daripada Kepalsuan dan Manipulasi Online (POFMA). 

Anggaran Waktu Membaca:
Facebook keluarkan notis pembetulan pada catatan States Times Review

Pejabat yang bertanggungjawab bagi Akta Perlindungan daripada Kepalsuan dan Manipulasi Online (POFMA) pada Jumaat (29 Nov) mengarahkan Facebook mengeluarkan notis pembetulan. (Gambar: Factually)

Diterbitkan : 30 Nov 2019 03:04PM Dikemas Kini : 30 Nov 2019 03:08PM

SINGAPURA: Facebook mengeluarkan notis pembetulan buat kali pertama di wadahnya bagi satu catatan Facebook States Times Review. Ini setelah ia diarahkan berbuat demikian pada Jumaat (29 Nov) oleh pejabat yang menyelia Akta Perlindungan daripada Kepalsuan dan Manipulasi Online (POFMA).

Pada Sabtu (30 Nov), notis tersebut dapat dilihat di bahagian bawah catatan asal.

"Facebook dikehendaki di sisi undang-undang untuk memberitahu anda bahawa pemerintah Singapura menyatakan catatan ini mengandungi maklumat palsu," menurut notis tersebut.

Seorang jurucakap Facebook memberitahu Mediacorp bahawa syarikat itu, seperti yang dikehendaki oleh undang-undang Singapura, meletakkan satu label pada catatan-catatan berkenaan.

Tindakan Facebook dibuat setelah States Times Review diarahkan untuk membetulkan catatan Facebook berkenaan tetapi ia gagal untuk mematuhinya.

Ini adalah arahan pembetulan kedua yang dikeluarkan di bawah undang-undang pemalsuan online Singapura.

Catatan tersebut mendakwa "pemberi maklumat yang mendedahkan kaitan Kristian seorang calon Parti Tindakan Rakyat (PAP)" sudahpun ditangkap dan bahawa pemilik laman Facebook NUSSU - NUS Students United yang menerbitkan dakwaan mengenai calon PAP berkenaan kini sedang disiasat polis.

"Dakwaan ini adalah palsu dan tidak berasas," menurut Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) pada Khamis (28 Jan). "Tiada seorang pun ditangkap atau didakwa berhubung catatan NSU itu".

Arahan pembetulan di bawah undang-undang baru itu dikeluarkan kepada Encik Alex Tan Zhi Xiang, berusia 32 tahun, yang mengendalikan laman web dan Facebook States Times Review.

Satu catatan di laman itu pada Khamis pagi menyatakan States Times Review dan editornya "tidak akan mematuhi sebarang arahan dari sebuah pemerintah asing". 

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan