Facebook diarahkan Pejabat POFMA terbit notis pembetulan catatan States Times Review
Pejabat yang bertanggungjawab bagi Akta Perlindungan daripada Kepalsuan dan Manipulasi Online (POFMA) pada Jumaat (29 Nov) mengarahkan Facebook mengeluarkan notis pembetulan ke atas satu catatan oleh States Times Review.
SINGAPURA: Pejabat yang bertanggungjawab bagi Akta Perlindungan daripada Kepalsuan dan Manipulasi Online (POFMA) pada Jumaat (29 Nov) mengarahkan Facebook mengeluarkan notis pembetulan ke atas satu catatan oleh States Times Review.
Ini dilakukan atas arahan Menteri Ehwal Dalam Negeri K Shanmugam.
"TCD (arahan pembetulan terarah) memerlukan Facebook untuk menerbitkan notis pembetulan ke atas catatan Facebook 'States Times Review', yang diterbitkan pada 23 Nov 2019, 8.05 pagi. Encik Tan mengendalikan laman Facebook 'States Times Review," menurut pejabat POFMA.
"Pejabat POFMA juga sudah memulakan siasatan terhadap Encik Tan kerana gagal mematuhi (arahan pembetulan)."
Pada Khamis, States Times Review diperintahkan memperbetulkan satu catatan Facebook dalam arahan pembetulan kedua yang dikeluarkan di bawah undang-undang kepalsuan online, menurut pihak berkuasa.
Arahan pembetulan di bawah undang-undang baru dikeluarkan kepada Encik Alex Tan Zhi Xiang, seorang rakyat Singapura berusia 32 tahun yang mengendalikan laman web dan Facebook States Times Review.
Mediacorp sudah menghubungi Facebook untuk mengulas.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.