Images
  • F1
    (Gambar fail: REUTERS/Edgar Su)

F1 S'pura: Dron dilarang terbang pada waktu tertentu 19-23 Sep

SINGAPURA: Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) mengeluarkan kenyataan tentang larangan menerbangkan dron dan layang-layang ketika perlumbaan Grand Prix (GP) Formula One (F1).

Langkah itu dibuat bagi memastikan penggambaran udara helikopter yang terbang di paras rendah sewaktu perlumbaan itu tidak terhalang.

Sekatan sementara dikenakan pada waktu-waktu tertentu antara 19 Sep hingga 23 Sep.

Kawasan larangan yang ditetapkan meliputi litar perlumbaan F1 di Marina Bay dan kawasan-kawasan sekelilingnya sehingga 4,000 kaki dari paras laut.

Kegiatan-kegiatan udara seperti penerbangan dron dan bermain layang-layang dilarang di kawasan berkenaan buat sementara bagi memastikan keselamatan pesawat dan orang ramai.

Kegiatan udara tanpa izin di kawasan larangan itu adalah satu kesalahan di bawah Perintah Pengemudian Udara.

Jika sabit kesalahan, pesalah kali pertama boleh didenda sehingga S$20,000. Bagi kesalahan berulang pula denda sehingga S$40,000 dan dipenjara sehingga 15 bulan.

LAPORAN BERKAITAN:

- CNA/SU/tq

Top