Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

F1 S'pura dijangka sumbang besar kepada sektor pelancongan

Acara dinanti-nantikan ramai, F1 Singapura, bakal berlangsung hujung minggu ini tetapi pihak penganjur Grand Prix Formula One Singapura sudah menganggarkan jumlah pengunjung ke acara tahun ini akan melebihi jumlah pelancong pada tahun sebelumnya.

Anggaran Waktu Membaca:
F1 S'pura dijangka sumbang besar kepada sektor pelancongan

(Gambar hiasan: Singapore Grand Prix/Facebook)

Diterbitkan : 13 Sep 2018 05:42PM Dikemas Kini : 13 Sep 2018 05:45PM

SINGAPURA: Acara dinanti-nantikan ramai, F1 Singapura, bakal berlangsung hujung minggu ini tetapi pihak penganjur Grand Prix Formula One Singapura sudah menganggarkan jumlah pengunjung ke acara tahun ini akan melebihi jumlah pelancong pada tahun sebelumnya.

Malah, Pengarah Eksekutif GP Singapura yakin akan peningkatan itu dan berharap "berita baik" dapat disampaikan pada akhir acara tiga hari tersebut.

Lebih 260,000 pengunjung dilaporkan hadir tahun lalu - satu kenaikan besar berbanding 219,000 pengunjung pada 2016.

Bagi para peniaga yang antaranya menawarkan khidmat penginapan dan pelancongan pula, Mediacorp mendapati para pemain sektor tersebut turut mempunyai harapan besar bagi jumlah pengunjung tahun ini.

Hotel-hotel di kawasan Litar Lumba Marina Bay sudah penuh ditempah.

Lembaga Pelancongan Singapura (STB) meletakkan sasaran untuk menjana sekitar $140 juta dalam bentuk hasil tambahan pelancongan.

Singapura memperbaharui kontrak F1 tahun lalu dan akan terus menjadi sebahagian daripada acara itu sehingga 2021.

Konsert F1 Singapura tahun ini turut menampilkan bintang-bintang global seperti Jay Chou dan Martin Garrix.  

Sumber : CNA/RU/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan