Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Estet perumahan HDB akan lebih menghijau mulai tahun ini

Bermula tahun ini, pemilik flat baru boleh menjangkakan estet lebih menghijau. Projek HDB di Tampines, Bukit Batok dan Anchorvale Plains antara yang pertama daripada lebih 80 projek yang akan dibina dengan lebih banyak ruang hijau, mengikut senarai garis panduan yang ditetapkan pada 2016.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 12 Jan 2020 05:38PM Dikemas Kini : 12 Jan 2020 10:20PM

SINGAPURA: Bermula tahun ini, pemilik flat baru boleh menjangkakan estet lebih menghijau.

Projek Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) di Tampines, Bedok North, Bukit Batok dan Anchorvale Plains antara yang pertama daripada lebih 80 projek yang akan dibina dengan lebih banyak ruang hijau, mengikut senarai garis panduan yang ditetapkan pada 2016.

KEHIJAUAN TARIK KEHADIRAN HAIWAN

Burung enggang lazimnya dilihat di hutan belantara. Namun, haiwan itu juga dilihat di estet Dawson yang terletak di Queenstown.

Tumbuh-tumbuhan hijau di kawasan kejiranan tersebut,termasuk taman di bumbung mahupun muka bangunan menjadi habitat hidup-hidupan liar di kawasan ini.

Dawson salah satu projek perintis yang dibangunkan mengikut satu garis panduan yang dipertingkat.

Garis panduan itu sebahagian daripada usaha mewujudkan "sekitaran mampan" bagi para penduduk.

Sejak itu, semua pembangunan HDB wajib mematuhi garis panduan berkenaan yang antara lain menetapkan 4.5 sebagai nisbah plot hijau.

Ini bermakna kawasan menghijau harus sekurang-kurangnya 4.5 kali lebih besar berbanding keluasan tapak perumahan.

TUMBUHAN HIJAU PENUHI HINGGA 60% ESTET

Ini mengambil kira faktor-faktor seperti saiz sudur pokok dan seberapa subur tumbuh-tumbuhan hijau di projek itu.

Tumbuh-tumbuhan hijau juga harus memenuhi sekitar 45 peratus hingga 60 peratus kawasan estet.

Misalnya di estet Keat Hong, jelas lebih separuh kawasan estet diwarnai dengan tumbuh-tumbuhan hijau.

HDB menyatakan, ini tidak hanya membolehkan kawasan itu menjadi lebih indah tetapi juga memastikan udara di sana lebih nyaman.

Kumpulan estet-estet hijau selanjutnya dijangka siap tahun depan, di bandar-bandar seperti Tampines, Bidadari, Tengah dan Punggol Northshore.  

Sumber : CNA/AQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan