Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

ESM Goh sanjung semangat kental Dr Mahathir untuk betulkan apa yang beliau fikir salah bagi M'sia

Menteri Kanan Emeritus Goh Chok Tong hari ini (10 Mei) mengutuskan ucapan tahniah kepada Perdana Menteri Malaysia Dr Tun Mahathir Mohamad dan pasukannya atas kejayaan menyerlah pada pilihan raya semalam.

Anggaran Waktu Membaca:
ESM Goh sanjung semangat kental Dr Mahathir untuk betulkan apa yang beliau fikir salah bagi M'sia

Dr Mahathir semasa istiadat angkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia. (Gambar: Istana Negara Malaysia/ AFP)

Diterbitkan : 11 May 2018 12:13AM Dikemas Kini : 11 May 2018 12:18AM

SINGAPURA: Menteri Kanan Emeritus Goh Chok Tong hari ini (10 Mei) mengutuskan ucapan tahniah kepada Perdana Menteri Malaysia Dr Tun Mahathir Mohamad dan pasukannya atas kejayaan menyerlah pada pilihan raya semalam.

"Dr Mahathir seorang yang perlu disanjung kerana bersemangat waja dalam membetulkan apa yang beliau fikir tidak wajar untuk negaranya," tulis Encik Goh dalam catatan Facebooknya.

"Melihat pertarungan Dr Mahathir dalam Pilihan Raya Umum ke-14 mengingatkan saya kepada kata-kata mendiang Lee Kuan Yew, "Biarpun saya terlantar sakit di katil, biarkan ketika anda masukkan saya ke dalam kubur, jika saya rasa ada sesuatu yang salah bagi Singapura, saya akan bangun'," tulis beliau.

ESM Goh menambah ia merupakan satu "peristiwa bersejarah dan tidak pernah berlaku" bagi negara jiran terdekat Singapura. "Kami mengucapkan selamat maju jaya, dan menghulurkan salam muhibah dan persahabatan berterusan kepada Dr Mahathir serta kerajaan barunya," tambah beliau lagi.

Encik Goh menyandang jawatan Perdana Menteri Singapura dari 1990 hingga 2004 bersamaan dengan tempoh Dr Mahathir menjadi PM Malaysia sebelum beliau bersara pada 2003. 

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan