Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

ePustaka: 2 anak perempuan saudagar sombong tanggung padah dikahwinkan dengan lelaki durjana

Karya ini penuh dengan unsur humor dan kesinisan. Penulis bermain dengan nama personaliti kontemporari serta memparodikan filem Ahmad Albab sehingga mampu membuat pembaca terhibur. 

Anggaran Waktu Membaca:
ePustaka: 2 anak perempuan saudagar sombong tanggung padah dikahwinkan dengan lelaki durjana

Buku berjudul Ahmad Al-Kebab karya Wan Azlan. (Gambar: NLB)

Diterbitkan : 18 Apr 2021 07:38AM Dikemas Kini : 18 Apr 2021 07:43AM

BERITAmediacorp: Syeikh Majnun, seorang saudagar sombong dan tamak ingin mengahwinkan ketiga-tiga orang anak perempuannya.

Lalu, dia mengiklankan pembukaan tender dalam akhbar untuk sesiapa saja yang ingin menikahi mereka.

Sesiapa yang berminat mesti beli borang tender. Sesudah diisi, ia perlu dihantar dengan resume serta cadangan projek mega atau urus niaga yang bernilai jutaan ringgit.

Menurutnya, inilah pendekatan progresif – perkahwinan sebagai sumber perniagaan yang menguntungkan!

Imam Besar di Kampung Kepala Hanyut dan Pengerusi JKKK yang oportunis, bersekongkol dengan anak-anak lelaki mereka untuk menikahi anak sulung dan bongsu Syeikh Majnun.

Anaknya yang kedua, Mergastura, enggan menuruti perintah kerana menentang keras peribadi busuk ahli keluarganya.

Mergastura akhirnya dikahwinkan dengan seorang penjaga burung unta, Sediakawal, dengan bayaran mahar cuma 5 sen!

Itupun diijabkabulkan di dalam kawasan hutan dara agar tiada seorang pun yang mengetahuinya.

Kecuali Mergastura, alam rumah tangga anak-anak perempuan Syeikh Majnun yang lain tidak aman.

Harta mereka habis dikikis sang suami yang merupakan penjenayah berat dan pengamal maksiat.

Kemewahan menantunya yang diperolehi secara haram berjaya mengaburi mata hati Syeikh Majnun sehingga akhirnya mereka ditangkap pihak berkuasa.

Sementara itu, Sediakawal dan Mergastura dikurniakan cahaya mata. Dia dinamakan Ahmad al-Kebab. Anak inilah yang nanti akan mewarisi harta yang dijaga oleh Jin yang dijumpai Sediakawal di dalam sebuah gua batu.

Karya ini penuh dengan unsur humor dan kesinisan.

Penulis bermain dengan nama personaliti kontemporari serta memparodikan filem Ahmad Albab sehingga mampu membuat pembaca terhibur.

Bagi yang kritis, Ahmad al-Kebab sarat dengan teguran terhadap sikap negatif golongan yang gila kuasa, harta dan nama.

Buku ini boleh dinikmati dalam bentuk digital dan fizikal.

Sila lungsuri laman katalog NLB di https://catalogue.nlb.gov.sg untuk maklumat lanjut tentang buku fizikal ini.

Tajuk: Ahmad al-Kebab
Penulis: Wan Azlan
Penerbit: Batu Caves, Selangor: PTS Litera Utama, 2018.
Pautan NLB Overdrive : https://nlb.overdrive.com/media/3705601
Nombor Panggilan Buku Fizikal: Malay WAN
Pengulas: Herman Rothman, Pustakawan, NLB 

Sumber : BERITA Mediacorp/zm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan