Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Epok-epok percuma 'tanda penghargaan' Old Chang Kee kepada jururawat, doktor

Syarikat tempatan Old Chang Kee kini memberikan epok-epok secara percuma kepada para kakitangan perubatan di Singapura.

Anggaran Waktu Membaca:
Epok-epok percuma 'tanda penghargaan' Old Chang Kee kepada jururawat, doktor

(Gambar: Facebook/Old Chang Kee)

SINGAPURA: Syarikat tempatan Old Chang Kee kini memberikan epok-epok secara percuma kepada para kakitangan perubatan di Singapura.

Ini sebagai tanda penghargaan kepada para kakitangan perubatan, termasuk doktor dan jururawat, atas dedikasi dan kerja keras mereka di tengah-tengah penularan virus korona baru di Singapura.

Epok-epok percuma itu boleh didapatkan daripada cawangan-cawangan terpilih Old Chang Kee setiap hari sehingga pukul 5.00 petang.

Berdasarkan catatan Facebooknya pada 7 Feb, para kakitangan perubatan hanya perlu menunjukkan pas kerja mereka untuk mendapatkan epok-epok kari, cendawan ayam atau sardin.

Berikut adalah senarai cawangan Old Chang Kee yang menawarkan epok-epok percuma itu:

Rex
Terminal 3 Lapangan Terbang Changi
Northpoint City
Novena Square (Tingkat Satu)
JEM
IMM
Simei MRT
Waterway Point
Compass One

Sumber : BERITA Mediacorp/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan