Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Encik Tan hulur baucar makanan kepada 140 kanak-kanak Pusat Jagaan Pelajar PPIS

Sekitar 140 kanak-kanak dari Pusat Jagaan Pelajar Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS) menerima 'buah tangan' dalam bentuk baucar makanan jenama F&B tempatan Encik Tan. 

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Sekitar 140 kanak-kanak dari Pusat Jagaan Pelajar Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS) menerima 'buah tangan' dalam bentuk baucar makanan jenama F&B tempatan Encik Tan.

Sumbangan tersebut dihulurkan pada Rabu (23 Dis) sempena lawatan pihak pengurusan dan kakitangan Encik Tan ke Pusat Jagaan Pelajar PPIS di Jurong yang baru dinaik taraf itu.

Setiap baucar bernilai S$25 boleh digunakan di kesemua 19 cawangannya di merata Singapura.

Secara keseluruhannya, Encik Tan menyumbang baucar makanan bernilai S$5,000 kepada kanak-kanak itu selain sumbangan lain yang turut dihulurkan kepada PPIS.

Muhammad Yazid Kamil Suhaidi, 9 tahun, berharap dapat menggunakan baucar itu bersama keluarganya.

"Saya tidak sabar untuk berkongsi baucar ini dengan keluarga saya. Terima kasih, Encik Tan," kata Muhammad Yazid.

Ketua Pegawai Eksekutif PPIS, Cik Tuminah Sapawi berkata: "Kami mengharapkan kerjasama yang lebih erat dengan Encik Tan serta badan-badan lain untuk membina sebuah masyarakat yang bersifat lebih penyayang. Kerja-kerja kami dalam mempertingkatkan keluarga dan masyarakat memerlukan sokongan rakan-rakan kongsi dan kami percaya bahawa kami dapat mencapai lebih bersama.

"Kami berpegang teguh kepada nilai-nilai yang menyokong usaha untuk menyumbang semula kepada masyarakat. Kami juga berharap dapat terus bekerjasama dengan PPIS untuk menghulurkan sokongan kepada keluarga-keluarga yang memerlukan dan kami tumpang gembira dapat menceriakan kanak-kanak ini," luah
Pengarah Eksekutif Kumpulan Fei Siong Group, Encik Tan Kim Leng.

Tahun lalu, kedua-dua PPIS dan Encik Tan berganding bahu dalam usaha menyumbang semula kepada masyarakat dengan menganjurkan acara 'Have a Meal on Encik Tan' di mana lebih 60 keluarga dari Pusat Khidmat Keluarga PPIS dapat menikmati makanan ala Cina di cawangan utama Encik Tan di Marina Square.

KAKITANGAN ENCIK TAN KUNJUNGI PUSAT JAGAAN PELAJAR PPIS

Baucar makanan Encik Tan itu diagihkan sempena lawatan kakitangannya ke Pusat Jagaan Pelajar PPIS di Jurong siang tadi.

Pusat itu yang sudah dibangunkan sejak lebih dua dekad yang lalu, kini menawarkan persekitaran yang lebih kondusif untuk perkembangan holistik para pelajar.

Ia kini menyediakan ruang bagi pelbagai kegiatan pengayaan kanak-kanak serta bilik-bilik yang berhawa dingin.  

Sumber : BERITA Mediacorp/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan