Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Elak campur tangan luar, ucapan kebencian yang boleh lemahkan keazaman negara - Josephine Teo

Tiada negara, termasuk Singapura, lali kepada campur tangan luar yang boleh melemahkan keazaman negara.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 01 Aug 2019 10:04PM Dikemas Kini : 01 Aug 2019 10:11PM

SINGAPURA: Tiada negara, termasuk Singapura, lali kepada campur tangan luar yang boleh melemahkan keazaman negara.

Ini lebih-lebih lagi memandangkan Singapura adalah sebuah negara yang terbuka, pelbagai dan terkait dengan rangkaian digital.

Menteri Kedua Ehwal Dalam Negeri Josephine Teo berkata demikian di Majlis Memperingati Hari Kebangsaan MHA.

Beliau juga menggesa agar masyarakat kekal berwaspada dan menekankan bagaimana pemerintah merancang untuk menangani cabaran-cabaran sedemikian.

"Kita tidak boleh membenarkan orang-orang luar untuk mempengaruhi keputusan kita dan mengawal nasib kita. Kita harus memupuk masyarakat yang celik digital dan pandai menilai. Kita juga perlu mengemaskini rangka kerja undang-undang kita dengan kuasa untuk mendedahkan tingkah laku buruk orang-orang asing, dan bertindak pantas terhadap percubaan untuk memesongkan dan memecah belahkan masyarakat kita, serta melemahkan dan merosakkan Singapura," menurut Menteri Kedua Ehwal Dalam Negeri Josephine Teo.

Lebih 60 anggota masyarakat dan relawan menerima anugerah bagi mengiktiraf sumbangan mereka dalam memastikan keselamatan di Singapura.

105 pegawai dari MHA turut diiktiraf atas prestasi contoh di tempat kerja. 

Sumber : CNA/HA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan