Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Eksport S'pura terus merosot pada April; penghantaran ke pasaran utama turut jatuh

Eksport domestik bukan minyak (NODX) Singapura terus merosot pada April, jatuh 10 peratus berbanding setahun lalu. 

Anggaran Waktu Membaca:
Eksport S'pura terus merosot pada April; penghantaran ke pasaran utama turut jatuh

(Gambar fail: Reuters)

Diterbitkan : 17 May 2019 09:51AM Dikemas Kini : 17 May 2019 09:56AM

SINGAPURA: Eksport domestik bukan minyak (NODX) Singapura terus merosot pada April, jatuh 10 peratus berbanding setahun lalu. Demikian menurut perangkaan yang dikeluarkan oleh agensi perdagangan Enterprise Singapore pada Jumaat (17 Mei).

Ini sekaligus meneruskan trend menurun daripada bulan sebelumnya di mana NODX mengalami kemerosotan paling teruk dalam tempoh lebih dua tahun.

Penghantaran eksport pada April merosot lebih ketara berbanding yang dijangkakan, lebih teruk daripada penurunan 6 peratus yang diramalkan oleh ahli ekonomi dalam tinjauan Reuters.

Eksport elektronik dan bukan elektronik merosot dengan jumlah penghantaran ke pasaran-pasaran paling utama jatuh.

Berdasarkan penyesuaian musiman dari bulan ke bulan, eksport Singapura susut 0.6 peratus pada April menyusuli penguncupan 14.3 peratus pada bulan sebelumnya.

Eksport elektronik merosot pada rentak lebih perlahan, turun 16.3 peratus berbanding setahun lalu dengan penguncupan 26.7 peratus pada bulan sebelumnya.

Eksport bagi litar bersepadu (IC), produk media cakera dan komponen IC masing-masing menguncup 21.2 peratus, 31.3 peratus dan 51.7 peratus - menyumbang kepada kemerosotan paling ketara bagi NODX elektronik.

Eksport bukan elektronik menguncup 7.9 peratus pada April berbanding setahun lalu setelah merosot 7.1 peratus pada bulan sebelumnya.

Eksport farmaseutikal (-46.6 peratus), mesin khas (-22.7 peratus) dan petrokimia (-13.6) menyumbang paling banyak kepada kemerosotan NODX bukan elektronik.

Perdagangan secara keseluruhannya meningkat 3.2 peratus pada April berbanding setahun lalu setelah turun 0.9 peratus pada bulan sebelumnya.

Secara keseluruhannya, eksport ke kebanyakan pasaran utama Singapura merosot pada April kecuali Hong Kong dan Amerika Syarikat.

Penyumbang terbesar kepada kemerosotan NODX adalah Kesatuan Eropah (-25.4 peratus), Jepun (-31.1 peratus) dan China (-5.8 peratus).  

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan