Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Eksport S'pura naik 8.3% pada bulan September

Eksport bukan minyak Singapura melonjak pada September dipacu penjualan farmaseutikal, menurut data rasmi yang dikeluarkan hari ini (17 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Eksport S'pura naik 8.3% pada bulan September

(Gambar fail: TODAY)

Diterbitkan : 17 Oct 2018 09:55AM Dikemas Kini : 17 Oct 2018 09:57AM

SINGAPURA: Eksport bukan minyak Singapura melonjak pada September dipacu penjualan farmaseutikal, menurut data rasmi yang dikeluarkan hari ini (17 Okt).

Eksport naik 8.3 peratus pada bulan September berbanding tempoh yang sama tahun lalu, iaitu kenaikan bagi enam bulan berturut-turut, menurut data dari agensi perdagangan Enterprise Singapore. Ia naik 5 peratus pada bulan sebelumnya namun tumbuh lebih perlahan berbanding kenaikan 10.9 peratus pada Julai.

Eksport farmaseutikal melonjak 67.5 peratus, lebih tinggi berbanding 33.4 peratus pada Ogos tetapi jauh lebih rendah daripada kenaikan 109.2 peratus yang dicatat pada bulan Julai.

Pengiriman produk-produk bukan elektronik meningkat 11.9 peratus, menyusuli kenaikan 7.8 peratus pada bulan sebelumnya. Eksport elektronik terus jatuh, susut 0.9 peratus menyusuli penurunan 1.5 peratus pada Ogos.

Secara keseluruhannya, eksport kepada enam daripada 10 pasaran utama Singapura merosot pada September. Penghantaran ke China, pasaran eksport terbesar Singapura, merosot 17.8 peratus. Eksport ke Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah, Thailand dan Indonesia mencatat kenaikan, dengan yang terbesar dicatat bagi penghantaran ke Thailand, iaitu lonjakan 46.8 peratus.

Berdasarkan penyesuaian musiman dari bulan ke bulan, eksport menguncup 4.3 peratus pada September selepas tumbuh 0.4 peratus pada Ogos.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan