Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Ekspedisi bersejarah dari S'pura ke London dilancar hari ini

Ekspedisi bersejarah dari Singapura ke London dilancarkan hari ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 25 Aug 2019 08:00PM Dikemas Kini : 26 Aug 2019 04:00PM

SINGAPURA: Ekspedisi bersejarah dari Singapura ke London dilancarkan hari ini (25 Ogos).

Ekspedisi yang diberi nama 'The Last Overland' itu dilakukan bertentangan arah dengan satu ekspedisi yang pernah dilakukan enam dekad lalu.

Demikian salah satu kenderaan yang melakukan perjalanan dari London ke Singapura pada 1955.

Kedua-dua kenderaan itu membawa enam orang dalam perjalanan selama enam bulan ke sini.

Kini, kenderaan itu akan kembali ke kota England dengan lapan orang serta dua lagi kenderaan yang akan digunakan.

Ekspedisi yang pertama menyaksikan pasukan berkenaan melalui negara-negara seperti Syria, Iran dan Pakistan.

Manakala ekspedisi Last Overland itu akan melalui laluan yang berbeza sedikit iaitu melalui lebih 16,000 kilometer merentasi 20 bandar merata dunia.

Ekspedisi itu dijangka akan tiba di London menjelang bulan Disember nanti.

Sumber : CNA/RU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan