Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Eksekutif guaman didakwa sogok kerani Polis Trafik untuk dapatkan maklumat

Seorang eksekutif guaman, 70 tahun, hari ini (27 Apr) didakwa melanggar Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan menyogok seorang kerani Polis Trafik , dua tahun selepas rakan subahatnya itu dijatuhi hukuman atas kesalahan-kesalahan yang sama.

Anggaran Waktu Membaca:
Eksekutif guaman didakwa sogok kerani Polis Trafik untuk dapatkan maklumat

Gambar hiasan. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 27 Apr 2018 06:49PM Dikemas Kini : 27 Apr 2018 06:51PM

SINGAPURA: Seorang eksekutif guaman, 70 tahun, hari ini (27 Apr) didakwa melanggar Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan menyogok seorang kerani Polis Trafik , dua tahun selepas rakan subahatnya itu dijatuhi hukuman atas kesalahan-kesalahan yang sama.

Gulzar Raja Singh Sandhu, seorang eksekutif guaman di Clifford Law, didakwa memberi kerani Khatijah Manap, sebanyak S$2,500 sebagai habuan kerana mendedahkan kepadanya maklumat untuk menghubungi mangsa-mangsa kemalangan trafik.

Dia menghadapi lapan tuduhan berasuah dan 24 lagi tuduhan di bahawa Akta Rahsia Rasmi kerana menerima maklumat-maklumat tersebut daripada Khatijah.

Menurut dokumen mahkamah yang dikeluarkan ketika kes Khatijah dibicarakan pada 2016, tugasnya sebagai pegawai sokongan korporat memberinya akses kepada laporan siasatan kemalangan lalu lintas dan maklumat peribadi yang terkandung.

Dia memberi maklumat beberapa mangsa kepada Raja yang kemudiannya menghubungi mereka dan menyarankan supaya mereka mendapatkan anak perempuannya, seorang peguam di syarikat yang sama, untuk menuntut pampasan.

Raja akan membayar sekurang-kurangnya S$200 kepada Khatijah bagi setiap mangsa kemalangan yang menghubungi syarikat undang-undang itu untuk memfailkan tuntutan mereka.

Pada Julai 2016, Khatijah dijel 18 minggu dan diarah untuk membayar denda S$2,500 iaitu jumlah rasuah yang diterimanya.

Jika sabit kesalahan melanggar Akta Rahsia Rasmi, Raja boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga dua tahun dan didenda sehingga S$2,000. Atas kesalahan memberi rasuah pula, dia boleh dipenjara sehingga lima tahun dan didenda sehingga S$100,000 atau kedua-duanya.  

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan