Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Ekonomi S'pura tumbuh lebih perlahan 0.1% pada suku kedua

Ekonomi Singapura tumbuh hanya 0.1 peratus dalam suku kedua berbanding tempoh yang sama setahun lalu, sekaligus gagal menepati sasaran dan kian perlahan, sedang sektor pengilangan terus melemah.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 12 Jul 2019 09:22AM Dikemas Kini : 13 Jul 2019 12:54AM

SINGAPURA: Ekonomi Singapura tumbuh hanya 0.1 peratus dalam suku kedua berbanding tempoh yang sama setahun lalu, sekaligus gagal menepati sasaran dan kian perlahan, sedang sektor pengilangan terus melemah. Demikian menurut unjuran awal yang dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) pada Jumaat (12 Jul).

Unjuran awal bagi suku kedua, yang dijana daripada data yang dikumpulkan dalam dua bulan pertama suku itu, adalah jauh lebih rendah berbanding pertumbuhan 1.1 peratus dalam tiga bulan pertama 2019. Ia juga gagal menepati sasaran 1.1 peratus yang diramalkan oleh para pakar ekonomi dalam satu tinjauan Reuters.

Berdasarkan penyesuaian musiman dari suku ke suku, Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) Singapura menguncup sebanyak 3.4 peratus, lebih rendah daripada unjuran purata sebanyak 0.1 peratus dalam tinjauan Reuters dan juah lebih rendah berbanding pertumbuhan 3.8 peratus yang diraih dalam suku sebelumnya.

Sektor pengilangan, yang membentuk sekitar 20 peratus ekonomi negara, merosot sebanyak 3.8 peratus tahun ini berbanding setahun lalu, sekaligus memanjangkan lagi tempoh kemerosotan yang mengalami kejatuhan 0.4 peratus pada suku sebelumnya.

Selain itu, sektor binaan tumbuh sebanyak 2.2 peratus sepanjang suku kedua berbanding setahun lalu, melanjutkan pertumbuhan sebanyak 2.7 peratus pada suku sebelumnya.

Industri-industri yang menawarkan khidmat tumbuh 1.2 peratus pada suku kedua berbanding setahun lalu, tidak berubah jika dibandingkan dengan suku sebelumnya.

Bagi keseluruhan 2019, MTI menjangkakan pertumbuhan GDP antara 1.5 hingga 2.5 peratus, meskipun julat ramalan akan disemak menyusuli beberapa penunjuk ekonomi yang mengecewakan.

Eksport domestik bukan minyak (NODX) mencatat kemerosotan dua angka buat tiga bulan berturut-turut pada Mei.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan