Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Ekonomi digital tawar usahawan Melayu peluang guna media sosial 'pancing' pelanggan

Membangunkan ekonomi digital menjadi salah satu tumpuan Belanjawan tahun ini.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Membangunkan ekonomi digital menjadi salah satu tumpuan Belanjawan tahun ini.

Wartawan, Helmy Sa'at menemui tiga usahawan muda yang berani melebar sayap ke dunia media sosial khususnya, Instagram, bagi 'memancing' pelanggan.

Dianggarkan sekitar 800 juta pengguna aktif menggunakan Instagram di seluruh dunia.

Maka tidak hairanlah jika potensi yang ditawarkan pasaran amat besar ini dimanfaatkan usahawan milenial, untuk memasarkan bakat mereka.

Mentelah lagi, usahawan berusia 18 hingga 34 tahun yang ditemui BERITAMediacorp sememangnya menghabiskan banyak masa mereka di media sosial.

Muhammad Nurman, seorang pegawai polis tambahan, misalnya mampu 'mencari makan' dengan memasarkan karya lukisannya di laman Instagram.

Pengikutnya mencecah lebih 3,400 orang.

"Saya menggunakan media sosial Instagram dengan satu platform yang paling penting pada saya kerana Instagram membuat kita lagi senang untuk mencari para penggiat seni, tidak semestinya dalam Singapura, dalam satu dunia, di luar negara dengan satu klik saja," katanya. 

Bagi Nur Adilah Anuar, 27 tahun, pula wadah Instagram dimanfaatkan untuk berhubungan dengan generasi muda yang mahukan kelainan daripada segi produk mahupun khidmat.

"Para pelanggan saya ramai orang muda, golongan milenial, dan mereka suka gunakan Instagram dan daripada situ mereka 'jumpa' saya. Khidmat saya tawarkan kerana ia khas untuk keperluan mereka sekiranya mereka perlukan nama ataupun tarikh yang istimewa untuk mereka, seperti majlis perkahwinan jadi selepas majlis perkahwinan tersebut kerja yang saya lakukan itu boleh digantung di dalam rumah," ujarnya.

Bahkan, wadah Instagram terbukti pilihan paling tepat yang membawa
kejayaan kepada pasangan Khairul Amri Mohd Sidik, 30 tahun, dan Siti Nadzirah Hassan, 25 tahun, sejak tiga tahun lalu.

"Ia adalah wadah yang menumpukan pada visual dan untuk khidmat kami, kebanyakan ia detik-detik 'Instagrammable' dan sebagainya," kata si suami.

"Dan, para pelanggan kami juga ramai daripada golongan millennial yang kerap menggunakan telefon bijak mereka untuk app-app, seperti Instagram dan Facebook. Jadi, apabila salah seorang daripada mereka memetik gambar dan mengongsinya ramai juga yang akan dapat tahu tentang bisnes kami," kata isterinya pula.

Trend pemasaran melalui Instagram dijangka terus menjadi wadah popular dalam kalangan milenial.

Dengan fokus Singapura kepada usaha membangunkan ekonomi digital, para usahawan secara amnya harus merebut peluang dan teroka idea baru lagi inovatif bagi meraih pasaran online dan peluang ekonomi yang lebih luas. 

Sumber : BERITA Mediacorp/HS/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan