Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Edisi cetak 8 DAYS, i-Weekly dihentikan, fokus kepada platform digital

Majalah Mediacorp, 8 DAYS dan i-Weekly akan hanya diterbitkan di platform digital saja, menurut syarikat tersebut hari ini (12 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
Edisi cetak 8 DAYS, i-Weekly dihentikan, fokus kepada platform digital
Diterbitkan : 12 Apr 2018 12:42PM Dikemas Kini : 12 Apr 2018 12:44PM

SINGAPURA: Majalah Mediacorp, 8 DAYS dan i-Weekly akan hanya diterbitkan di platform digital saja, menurut syarikat tersebut hari ini (12 Apr).

Edisi cetak terakhir bagi kedua-dua majalah mingguan berhubung trend hiburan, selebriti dan gaya hidup itu akan diterbitkan pada hujung September tahun ini.

Menurut Mediacorp, majalah berbahasa Inggeris, 8 DAYS dan i-Weekly yang diterbitkan dalam bahasa Cina akan menumpukan perhatian kepada aset digital yang semakin popular sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Sejak pelancarannya April lalu, 8days.sg mengundang purata 2.1 juta tontonan di lamannya setiap bulan manakala terbitan digital i-Weekly yang disediakan di laman toggle.sg pula menerima purata 1.3 juta sebulan sejak diubah suai pada Julai tahun lalu.

Mediacorp juga mendedahkan bahawa ia tidak akan memperbaharui lesen untuk menerbitkan versi majalah fesyen Elle di Singapura.

Edisi Oktober bagi majalah fesyen ELLE akan diterbitkan September ini. Mediacorp juga akan menutup laman bimbingan keibubapaan SmartParents.

Para pembaca ELLE Singapore dan SmartParents boleh terus memanfaatkan produk dan platform pelbagai yang disediakan Mediacorp, menurut syarikat tersebut.

Syarikat tersebut menambah: "Mediacorp mengucapkan terima kasih kepada semua kakitangan 8 DAYS, i-Weekly, ELLE Singapore dan SmartParents atas dedikasi mereka selama ini dan sumbangan mereka yang berterusan kepada aset-aset ini. Kami juga berterima kasih kepada rakan kongsi kami atas sokongan mereka selama ini." 

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan