Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

EDB lancar program S$10 juta sokong syarikat teroka bidang pertumbuhan baru

Satu program baru bernilai S$10 juta akan menyokong syarikat-syarikat besar dan mapan menebarkan sayap ke bidang pertumbuhan baru melampaui perniagaan teras sedia ada masing-masing. 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 06 May 2021 02:55PM Dikemas Kini : 07 May 2021 12:31AM

SINGAPURA: Satu program baru bernilai S$10 juta akan menyokong syarikat-syarikat besar dan mapan menebarkan sayap ke bidang pertumbuhan baru melampaui perniagaan teras sedia ada masing-masing.

Program Pencetus Usaha Inovasi Korporat adalah sebahagian daripada usaha yang lebih luas oleh EDB New Ventures, cabang pembangunan usaha korporat Lembaga Kemajuan Ekonomi (EDB), untuk memajukan ekosistem usaha baru di Singapura, menurut lembaga itu pada Khamis (6 Mei).

Ia akan menyaksikan studio usaha baru yang dilantik oleh EDB New Ventures bekerjasama dengan syarikat-syarikat untuk membuahkan idea perniagaan segar dalam tempoh enam bulan.

Empat studio usaha sama yang sudahpun dilantik adalah BCG Digital Ventures, FutureLabs Ventures, Leap by McKinsey dan Rainmaking.

Syarikat boleh melancarkan usaha baru yang menggabungkan "kelajuan dan kelenturan" sesebuah syarikat pemula dengan kelebihan daya saing syarikat induk, seperti hubungan pelanggan dan kepakaran domain mendalam, tambah EDB.

Syarikat tempatan dan berbilang negara yang besar di Singapura sedang mendakapi inovasi serta keusahawanan untuk terus menghadapi persaingan dan gangguan, kata pengerusi EDB Beh Swan Gin.

Sedang mereka mengejar peluang dalam sektor baru, usaha baru ini berpotensi menjadi pemacu pertumbuhan ekonomi Singapura, kata beliau.

Program Pencetus Usaha Inovasi Korporat bertujuan mendorong syarikat mewujudkan usaha baru dari Singapura yang dapat berkembang menjadi perniagaan yang berdaya saing di peringkat global.

"Usaha baru korporat ini akan melengkapkan ekosistem pemula kami yang bersemangat, untuk mewujudkan peluang pekerjaan yang menarik dan laluan kerjaya keusahawanan baru di Singapura," kata Dr Beh.

Di bawah program tersebut, sebuah pasukan khas akan menyokong setiap syarikat yang mengambil bahagian dengan melakukan 'pengesahan konsep' bagi mengumpulkan pandangan pelanggan dan menguji daya maju konsep perniagaan sebelum menghasilkan produk atau khidmat untuk usaha baru itu.

Landas pelancarannya akan dikendalikan selama setahun dan dijangka mempunyai kapasiti bagi 20 pengesahan konsep Usaha Baru EDB akan menyokong sehingga 50 peratus daripada kos bagi setiap konsep yang diluluskan.

Untuk usaha baru berpotensi tinggi yang dilancarkan daripada program itu, ia boleh menyediakan modal perkongsian risiko lanjut dan sokongan penciptaan nilai lebih jauh untuk memantaunya melalui tahap pertumbuhan awal mereka.

Permohonan bagi Program Pencetus Usaha Inovasi Korporat dibuka pada Khamis. 

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan