Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

E-bayaran, pilihan tandatangan digital bagi semua khidmat pemerintah jelang 2023

Rangka Tindakan Pemerintah Digital dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri Teo Chee Hean hari ini (5 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
E-bayaran, pilihan tandatangan digital bagi semua khidmat pemerintah jelang 2023

Gambar fail: DAMIEN MEYER/AFP

Diterbitkan : 05 Jun 2018 03:08PM Dikemas Kini : 05 Jun 2018 03:11PM

SINGAPURA: Rangka Tindakan Pemerintah Digital dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri Teo Chee Hean hari ini (5 Jun).

Terkandung dalam rangka tindakan itu adalah sasaran untuk menawarkan khidmat pembayaran elektronik dan pilihan tandatangan digital bagi kesemua khidmat Pemerintah menjelang 2023.

Berucap di pelancaran simposium Minggu Inovasi Negara Bijak, DPM Teo berkata: "Khidmat-khidmat pemerintah sedang menjalani perubahan besar untuk mengutamakan rakyat. Tujuannya adalah untuk menjadikan khidmat-khidmatnya intuitif dan mudah bagi penggunaan ramai - dalam pelbagai bahasa dan juga sekiranya kami kurang cenderung dengan penggunaan teknologi."

MENJADI DIGITAL BUKAN MATLAMAT AKHIR

Menurut rangka tindakan itu, menjadi 'digital pada dasarnya' adalah tentang menggunakan data, ketersambungan dan pengkomputeran dengan jelas untuk mengubah cara Pemerintah berkhidmat kepada rakyat dan perniagaan serta cara ia membolehkan para pegawai awam untuk menyumbang sepenuhnya.

Bagi rakyat dan perniagaan, ini bermakna, mereka akan mendapati bahawa khidmat digital pemerintah lebih bercorak intuitif, mudah digunakan dan relevan dengan keperluan mereka. Selain itu, urus niaga juga boleh dilakukan tanpa kertas dan tanpa perlu hadir secara peribadi di agensi-agensi tersebut.

Dalam pada itu, mereka juga hanya perlu memberi maklumat dan membuat permohonan sekali sahaja untuk mendapatkan bantuan kerana maklumat atau permohonan relevan akan terus diserahkan kepada agensi yang betul dan mereka juga boleh berasa yakin bahawa maklumat mereka dijaga dengan selamat.

Pegawai awam juga akan bekerja dalam sekitaran di mana mereka boleh mengembangkan dan melakar dasar yang lebih baik menerusi penggunaan data bersepadu dan teknologi digital, berhubungan dan bekerjasama dengan pegawai lain sambil memanfaatkan wadah digital dan mengakses 'proses dan khidmat korporat dalaman yang berkualiti tinggi'.

Pelancaran Rangka Tindakan Pemerintah Digital dibuat menyusuli Rangka Tindakan Kesediaan Digital pertama Singapura yang didedahkan hujung minggu lalu. 

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan