Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Dyson pindahkan ibu pejabat korporat ke S'pura

Firma teknologi Britain Dyson mengumumkan pada malam Selasa (22 Jan) bahawa ia akan memindahkan ibu pejabat korporat syarikat itu ke Singapura bagi "mencerminkan bagaimana Asia semakin penting" bagi perniagaannya.

Anggaran Waktu Membaca:
Dyson pindahkan ibu pejabat korporat ke S'pura

Gambar vakum Dyson.

Diterbitkan : 23 Jan 2019 08:41AM Dikemas Kini : 23 Jan 2019 08:43AM

SINGAPURA: Firma teknologi Britain Dyson mengumumkan pada malam Selasa (22 Jan) bahawa ia akan memindahkan ibu pejabat korporat syarikat itu ke Singapura bagi "mencerminkan bagaimana Asia semakin penting" bagi perniagaannya.

Dalam satu kenyataan media, syarikat privet yang dikenali untuk kipas tanpa bilah dan mesin pembersih vakum tanpa beg itu menyatakan: "Semakin ramai pelanggan Dyson dan kesemua operasi pengeluaran kami kini berada di Asia; pemindahan ini sudah berlaku dan akan dipercepatkan apabila Dyson memperkenalkan kenderaan elektrik di pasaran."

Dyson juga mengumumkan rancangan pelaburannya termasuk perluasan Pusat Teknologi Singapura kepada dua kali ganda saiznya sekarang serta fasa pembangunan kelima Pusat Reka Bentuk Malaysia.

Kebanyakan kerja pembangunan produk akan dikekalkan di barat daya England.

Syarikat itu menyatakan, pemindahan dari Britain itu tidak didorong oleh Brexit atau sebarang kesan cukai. Syarikat itu sudahpun menghasilkan produk-produk di Asia dan akan membangunkan kereta elektrik baru di Singapura.

Ketua eksekutif Jim Rowan berkata produk-produk seperti pembersih udara, alat pengering rambut dan mesin pembersih sedang menyaksikan permintaan tertinggi di Asia. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan