Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Dyson bakal hasilkan kereta elektrik di S'pura, jalin kerjasama dengan sekolah tempatan

Dyson, sebuah syarikat teknologi yang berpangkalan di Britain, menyatakan pada Selasa (23 Okt) bahawa ia akan menghasilkan kereta elektrik di Singapura di sebuah pusat pengilangan kereta yang baru, yang dijangka siap dibina pada 2020 menjelang pelancaran kereta yang pertama pada tahun seterusnya.

Anggaran Waktu Membaca:
Dyson bakal hasilkan kereta elektrik di S'pura, jalin kerjasama dengan sekolah tempatan

Dyson mengesahkan kenderaan elektriknya bakal dilancarkan pada 2021. (Gambar: Dyson)

Diterbitkan : 24 Oct 2018 10:09AM Dikemas Kini : 24 Oct 2018 10:12AM

LONDON: Dyson, sebuah syarikat teknologi yang berpangkalan di Britain, menyatakan pada Selasa (23 Okt) bahawa ia akan menghasilkan kereta elektrik di Singapura di sebuah pusat pengilangan kereta yang baru, yang dijangka siap dibina pada 2020 menjelang pelancaran kereta yang pertama pada tahun seterusnya.

Kilang kereta elektrik berkenaan adalah sebahagian daripada usaha pelaburan global syarikat itu dalam teknologi baru, bernilai £2.5 billion (S$3.95 juta).

Kenderaan-kenderaan elektrik semakin popular sedang pemerintah-pemerintah di seluruh dunia melaksanakan rancangan untuk secara bertahap-tahap menghentikan penggunaan kereta yang menggunakan minyak petrol dan diesel.

Ia sedang mereka teknologi itu dan membangunkan sebuah litar ujian di WIltshire, di bahagian barat England. Namun, keputusan untuk menghasilkan kereta berkenaan di Singapura memberikan gambaran bahawa operasi syarikat itu berunsur antarabangsa.

Dyson sudahpun menggajikan sekitar 1,100 kakitangan di negara ini di Pusat Teknologi Singapura yang baru yang terletak di Science Park One, serta Pusat Pengilangan Lanjutan di West Park di mana ia menghasilkan alat motor elektrik.

Ketua Eksekutif Dyson, Jim Rowan, berkata: "Keputusan mengenai lokasi menghasilkan kereta elektrik kami adalah rumit dan ia berdasarkan rangkaian bekalan, akses kepada pasaran serta kepakaran yang boleh membantu kami mencapai cita-cita kami."

"Saya berbesar hati untuk memaklumkan bahawa Lembaga Dyson sudah memutuskan bahawa pusat pengilangan kereta kami yang pertama akan ditempatkan di Singapura.

"Singapura mempunyai paras kos yang agak tinggi, namun ia juga memiliki daya tumpuan dan banyak kepakaran teknologi. Oleh itu, ia adalah tempat terbaik untuk menghasilkan mesin teknologi bermutu tinggi dan lokasi terbaik untuk membangunkan kenderaan elektrik kami," kata beliau.

JURUTERA S'PURA MESTI BERJAYA HADAPI CABARAN

Menulis di laman Facebooknya pada Selasa (23 Okt), Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata para jurutera di Singapura mesti "berjaya menghadapi cabaran" dan "membuktikan bahawa mereka serupa dengan jurutera terbaik di dunia".

"Semasa saya mengadakan pertemuan dengan Sir James Dyson pada bulan lalu, beliau memberitahu saya bahawa kepakaran kami dalam pengilangan canggih, ketersambungan global dan serantau serta mutu ahli saintis penyelidikan dan jurutera mempengaruhi keputusan Dyson," kata PM Lee.

"Saya juga berbesar hati dengan berita bahawa syarikat beliau sedang bekerjasama dengan sekolah-sekolah kita untuk memberi inspirasi dan membimbing jurutera generasi seterusnya Singapura."

Secara berasingan, Menteri Perdagangan dan Perusahaan Chan Chun Sing menulis di laman Facebooknya bahawa keputusan syarikat itu "membuktikan daya tarikan Singapura sebagai pangkalan pelaburan bagi bidang inovasi." 

Sumber : Agensi berita/CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan