Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Dugaan demi dugaan, akhirnya peserta Climbathon berjaya tawan Fansipan!

Wartawan kami, Said Mahadi, menyusur perjalanan para peserta Climbathon yang mengharungi pelbagai cabaran dan dugaan untuk menawan Gunung Fansipan demi mengumpul derma bagi Dana Amanah Pendidikan (ETF).

Anggaran Waktu Membaca:
Dugaan demi dugaan, akhirnya peserta Climbathon berjaya tawan Fansipan!

Rombongan peserta Climbathon sebelum memulakan pendakian. (Gambar: Shahrul Bahri Selamat)

BERITAmediacorp: Rombongan peserta Climbathon berangkat ke Vietnam pada Khamis (25 Okt) dengan satu matlamat yang menjadi tekad kesemua 40 peserta - iaitu menawan Gunung Fansipan, puncak tertinggi di Indochina.

Mentari di ufuk timur bak lukisan di langit indah. (Gambar: Shahrul Bahri Selamat)

Mentari di ufuk timur bak lukisan di langit indah. (Gambar: Shahrul Bahri Selamat)

Setiap langkah yang diorak adalah untuk mengumpul derma bagi Dana Amanah Pendidikan (ETF) Mendaki.

40 peserta gigih berusaha untuk mengumpul S$50,000 yang dijadikan sebagai sasaran bagi pendakian ini, dengan setiap langkah untuk mendaki Gunung Fansipan yang setinggi 3,143 meter, akan menyumbang S$1 kepada ETF.

'Bumbung Indochina’ diselubungi awan selepas hujan. (Gambar: Shahrul Bahri Selamat)

‘Bumbung Indochina’ diselubungi awan selepas hujan. (Gambar: Shahrul Bahri Selamat)

Meskipun perjalanan sehari semalam tertangguh dek kerosakan kereta api, para peserta tetap ceria setibanya di Lao Cai.

Kereta api yang rosak tidak melemahkan semangat para peserta Climbathon (Gambar: Razi Salam)

Kereta api yang rosak tidak melemahkan semangat para peserta Climbathon (Gambar: Razi Salam)

Dari sini, mereka terus ke Sa Pa, kawasan di mana terletaknya ‘Bumbung Indochina’ yang menjadi sasaran Climbathon. Setelah makan tengah hari, para peserta memulakan pendakian dari Tram Ton Pass, di bahagian utara Gunung Fansipan.

Namun, sejurus selepas itu, hujan membasahi para peserta sepanjang perjalanan hingga ke khemah induk yang terletak pada ketinggian 2,800 meter.

Hujan lebat, suhu rendah dan angin kencang antara cabaran-cabaran yang dihadapi para peserta. (Gambar: Nisa)

Hujan lebat, suhu rendah dan angin kencang antara cabaran-cabaran yang dihadapi para peserta. (Gambar: Hanisah Osman)

Pada sebelah malam pula, selepas tujuh jam penat berjalan, para peserta akhirnya tiba di khemah induk untuk berehat selama satu malam.

Sarapan dihidangkan sebelum para peserta meneruskan pendakian ke puncak. (Gambar: Said Mahadi)

Sarapan dihidangkan sebelum para peserta meneruskan pendakian ke puncak. (Gambar: Said Mahadi)

Seawal 5.30 pagi pada keesokan harinya (27 Okt), para peserta meneruskan pendakian ke puncak Gunung Fansipan.

Kawasan perkhemahan dari paras yang lebih tinggi. (Gambar: Yusrina Ya’akob)

Kawasan perkhemahan dilihat dari paras yang lebih tinggi. (Gambar: Yusrina Ya’akob)

Cuaca yang dingin seolah-olah merestui usaha murni para peserta yang turut berkesempatan untuk menyaksikan keindahan langit biru serta puncak lain yang mengelilingi Fansipan.

Puncak lain di sekeliling Fansipan. (Gambar: Nisa)

Puncak lain di sekeliling Fansipan. (Gambar: Hanisah Osman)

Namun, pendakiannya tetap mencabar. Malah, para peserta terpaksa ‘merangkak’ pada bahagian-bahagian tertentu pendakian. Dengan bantuan penduduk setempat, pendakian ke puncak menjadi lebih mudah.

Antara bahagian yang mencabar. (Gambar: Shafira Zailani)

Antara bahagian yang mencabar. (Gambar: Shafira Zailani)

Salah seorang daripada lebih 20 penduduk tempatan yang membantu para peserta sepanjang pendakian – dari mengangkatkan beg, memasak dan lain-lain lagi. (Gambar: Said Mahadi)

Salah seorang daripada lebih 20 penduduk tempatan yang membantu para peserta sepanjang pendakian – dari mengangkatkan beg, memasak dan lain-lain lagi. (Gambar: Said Mahadi)

Langkah demi langkah, para peserta Climbathon akhirnya berjaya sampai ke puncak Gunung Fansipan. Senyuman yang terukir pada wajah setiap peserta jelas menggambarkan rasa syukur dan bangga atas pencapaian mereka selepas dua bulan berlatih.

Para peserta Climbathon di puncak Gunung Fansipan (Gambar: Shahrul Bahri Selamat)

Para peserta Climbathon di puncak Gunung Fansipan (Gambar-gambar: Shahrul Bahri Selamat)

Para peserta Climbathon di puncak Gunung Fansipan (Gambar: Shahrul Bahri Selamat)

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : BERITA Mediacorp/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan