Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Dua lelaki dipenjara atas kesalahan seks libatkan budak perempuan 13 tahun

Penilaian psikiatrik menunjukkan mangsa mempunyai IQ di bawah paras kecerdasan purata

Anggaran Waktu Membaca:
Dua lelaki dipenjara atas kesalahan seks libatkan budak perempuan 13 tahun

Gambar hiasan.

Diterbitkan : 02 Jul 2018 09:08PM Dikemas Kini : 02 Jul 2018 09:12PM

SINGAPURA: Dua lelaki yang mengadakan hubungan seks dengan seorang budak perempuan berusia 13 tahun secara berasingan, dijatuhi hukuman penjara, hari ini (2 Jul).

Abdul Rashid Sapuan, 25 tahun, dijatuhi hukuman penjara 15 bulan manakala Rosidi Ayop Jr Flora, 21 tahun, dijatuhi hukuman penjara selama 13 bulan.

Kedua-dua pesalah tidak mengenali antara satu sama lain.

Rashid yang merupakan seorang anggota perkhidmatan negara polis semasa kesalahan dilakukan, bertugas dengan Komand Operasi Khas. Dia mengenali mangsa, berusia 13 tahun ketika itu, menerusi aplikasi khidmat pesanan WeChat, pada September 2016.

Mereka mula berbual tentang seks selain menghantar satu sama lain gambar-gambar lucah.

Mangsa kemudian bertanya kepada Rashid sekiranya dia mahu melakukan hubungan seks. Mereka berjumpa di rumah mangsa pada sekitar 3 petang pada 26 September 2016 dan melakukan seks ketika ibu mangsa berada di tempat kerja.

Nama mangsa tidak boleh didedahkan atas perintah mahkamah.

Sementara itu, Rosidi, seorang kakitangan hotel, mengenali mangsa pada Februari 2016 menerusi aplikasi MeowChat.

Mereka bertukar nombor telefon dan mula berkomunikasi di WhatsApp.

Mereka mula membincangkan tentang seks lalu membuat perancangan untuk mengadakan hubungan seks.

Pada sekitar tengah hari, 7 Oktober 2016, Rosidi pergi ke rumah mangsa apabila ibunya berada di tempat kerja.

Mereka melakukan seks dan Rosidi meninggalkan rumah mangsa sebelum ibu mangsa pulang ke rumah.

Menurut Timbalan Pendakwa Raya Awam N K Anitha, penilaian psikiatrik menunjukkan bahawa mangsa mempunyai IQ 87 di bawah paras kecerdasan purata.

Kes melibatkan lelaki ketiga yang juga mengadakan seks dengan mangsa yang sama akan dibicarakan di mahkamah lewat bulan ini.

Bagi kesalahan serangan seksual, kedua-dua lelaki itu boleh dipenjara sehingga 20 tahun, didenda dan disebat.

Sumber : CNA/HS/hs
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan