Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Dua diberkas tipu mangsa S$237,000 dalam penipuan cinta internet di S'pura dan M'sia

Polis Singapura dan Malaysia bekerjasama dalam menyelesaikan siri kes penipuan cinta internet di kedua-dua negara.

Anggaran Waktu Membaca:
Dua diberkas tipu mangsa S$237,000 dalam penipuan cinta internet di S'pura dan M'sia

Antara barang-barang yang dirampas. (Gambar: CCID)

Diterbitkan : 06 Apr 2019 07:43AM Dikemas Kini : 06 Apr 2019 07:45AM

SINGAPURA: Polis Singapura dan Malaysia bekerjasama dalam menyelesaikan siri kes penipuan cinta internet di kedua-dua negara.

Kes-kes penipuan itu mula dilaporkan pada September lalu.

Para penipu berkenaan menjalin hubungan online dengan para mangsa, dan mendakwa mereka sudah mengirim hadiah-hadiah berharga dari luar negara.

Para mangsa kemudian akan dihubungi oleh orang-orang yang mendakwa diri mereka sebagai pegawai kastam.

Mereka mendakwa kononnya barangan tersebut sudah dirampas dan mangsa perlu membayar saman.

Sekurang-kurangnya 11 mangsa mengalami jumlah kerugian sekitar S$240,000 secara keseluruhan.

Minggu lalu, polis Malaysia bertindak berdasarkan maklumat yang diberikan oleh rakan sejawatan mereka dari Singapura, dan menyerbu sebuah apartmen di Melaka.

Polis Malaysia sudah memberkas dua orang, iaitu seorang wanita tempatan dan seorang lelaki rakyat Nigeria. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan