Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Dron diguna kesan tempat pembiakan nyamuk dan sembur cecair, dalam usaha banteras malaria

Alat dron diuji diguna dalam usaha membanteras penyakit malaria di Tanzania.

Anggaran Waktu Membaca:
Dron diguna kesan tempat pembiakan nyamuk dan sembur cecair, dalam usaha banteras malaria
Diterbitkan : 27 Nov 2019 07:55PM Dikemas Kini : 27 Nov 2019 07:57PM

PULAU ZANZIBAR, TANZANIA: Alat dron diuji diguna dalam usaha membanteras penyakit malaria di Tanzania.

Dron-dron itu akan menyemburkan cecair di takungan air yang berpotensi menjadi tempat pembiakan nyamuk.

Di pulau Zanzibar itu, dron-dron digunakan untuk mengesan tempat pembiakan nyamuk.

Cecair berasaskan silikon akan disemburkan ke kawasan-kawasan berkenaan.

Cecair itu akan berada di permukaan takungan air sekaligus mencegah telur nyamuk daripada menetas.

Pasukan penyelidik di belakang usaha itu kemudian akan menyemak kadar pembiakan sebelum dan selepas cecair tersebut disembur.

Kaedah menggunakan dron untuk menyembur cecair tersebut adalah sebahagian daripada strategi baru. Penggunaan dron itu penting bagi menyembur cecair di kawasan sawah padi dengan berkesan. Tempat tersebut merupakan kawasan popular pembiakan nyamuk di Zanzibar.

Sumber : CNA/RU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan