Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Drama 10 episod 'Gunting' bakal ditayangkan mulai Hari Raya ini

Susulan kejayaan telefilem Gunting yang ditayangkan tahun lalu, rancangan itu kembali tahun ini dalam bentuk teledrama, bersama dengan pelakon-pelakon popular Taufik Batisah dan Hisyam Hamid.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 04 Jun 2018 09:34PM Dikemas Kini : 04 Jun 2018 09:51PM

SINGAPURA: Susulan kejayaan telefilem Gunting yang ditayangkan tahun lalu, rancangan itu kembali tahun ini dalam bentuk teledrama, bersama dengan pelakon-pelakon popular Taufik Batisah dan Hisyam Hamid.

Wisma Geylang Serai dipilih menjadi tempat bagi pelancaran kisah selanjutnya perjuangan Taufik dan kawan baiknya Hisyam dalam terus mengembangkan perniagaan kedai gunting rambut mereka.

Drama 10-episod berkenaan merupakan lanjutan dari kejayaan telefilem Gunting tahun lalu dan bakal ditayangkan di Mediacorp Suria mulai Hari Raya Aidilfitri.

Sempena pelancarannya kelmarin, 30 warga perintis diundang untuk mendapatkan khidmat potong rambut secara percuma daripada kedai gunting rambut The Golden Rule.

Hasil kerjasama Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI), Papahan Films dan Tribal Worldwide, teledrama Gunting The Series bertujuan membantu masyarakat Melayu memahami dengan lebih baik beberapa skim dan inisiatif pemerintah, seperti SkillsFuture.

"Mesej-mesej dalam drama Gunting ini, saya rasa yang sangat penting untuk diri kita, seperti saya sendiri, daripada dulu saya tidak henti pelajari sesuatu yang baru. Saya rasa sangat-sangat penting untuk kita pertingkatkan diri kita seperti di Singapura sekarang, ada Skills SG,untuk kita sentiasa tingkatkan diri kita," kata Taufik.

"Sebagai seorang pelakon pun saya banyak belajar benda baru dan yang terbaru adalah ActiveSG, di mana saya difahamkan, kami akan dapat kredit $100 juga untuk buatlah apa-apa yang kita nak buat," tambah Hisyam pula. 

Sumber : BERITA Mediacorp/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan