Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Dr Yaacob bentangkan langkah bantu masyarakat jadi celik digital

Menteri Bertanggungjawab Bagi Ehwal Masyarakat Islam Dr Yaacob Ibrahim menggariskan langkah-langkah untuk memperkasa masyarakat yang celik teknologi digital.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Menteri Bertanggungjawab Bagi Ehwal Masyarakat Islam Dr Yaacob Ibrahim menggariskan langkah-langkah untuk memperkasa masyarakat yang celik teknologi digital.

Ini, menurutnya, supaya masyarakat dapat merebut peluang yang tersedia dalam era Ekonomi Digital.

Khususnya bagi golongan belia, Dr Yaacob berkata MENDAKI akan melancarkan sebuah kit permulaan Ogos ini untuk mempersiap golongan belia melangkah masuk ke alam pekerjaan.

Kit tersebut mengandungi maklumat penting tentang kerjaya dan jangkaan di tempat kerja.

Program Future First yang dikendalikan bersama tiga kolej ITE pula akan diluaskan kepada lebih banyak pelajar ITE dengan kerjasama politeknik dan golongan belia amnya.

Program itu sudah memanfaatkan 240 pelajar ITE.

RANGKAIAN SOSIAL BAGI PMET

Bagi golongan PMET pula, Dr Yaacob berkata beliau meminta Jawatankuasa Pendamping PMET bagi mewujudkan rangkaian sokongan untuk latihan semula dan keperluan pekerjaan golongan itu.

Tumpuannya ialah untuk meningkatkan kesedaran tentang sektor-sektor yang kian berkembang seperti khidmat kewangan, jagaan kesihatan serta media dan infokom.

Dr Yaacob juga berkata Jabatan Transformasi Digital MENDAKI sudah membantu badan-badan Melayu/Islam membuat perubahan menggunakan tekonologi digital.

Bahkan MUIS dan MENDAKI juga katanya sudah mula menggunakan alat-alat digital untuk meningkatkan penyampaian dan akses kepada khidmat yang ditawarkan.

TEKNOLOGI DAN PERNIAGAAN

Menurut Dr Yaacob, budaya teknologi digital juga perlu segera disambut golongan peniaga Melayu/Islam jika tidak mahu terjejas kemudian hari.

"Hari ini, sebahagian besar peniaga Melayu/Islam masih beroperasi dengan cara lama. Jika mereka tidak segera mencipta-semula perniagaan mereka melalui teknologi, saya bimbang banyak perniagaan Melayu turun-temurun, termasuk nasi padang kami yang lazat, akan pupus ditelan arus persaingan yang sengit," kata Dr Yaacob.

Maka itu, beliau mengalu-alukan rancangan untuk menjadikan Kampong Gelam, kawasan kejiranan runcit pertama beroperasi secara digital sepenuhnya. 

Sumber : BERITA Mediacorp/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan