Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Dr Yaacob: Ayuh teruskan perjalanan untuk mencapai visi masyarakat cemerlang

Dr Yaacob Ibrahim berkata beliau yakin, masyarakat Melayu/Islam mampu mencapai visi masyarakat cemerlang.

Anggaran Waktu Membaca:
Dr Yaacob: Ayuh teruskan perjalanan untuk mencapai visi masyarakat cemerlang

Dr Yaacob Ibrahim di Perkongsian CLF anjuran Yayasan Mendaki. (Gambar: Mendaki Singapore/Facebook)

Diterbitkan : 02 May 2018 10:55PM Dikemas Kini : 02 May 2018 11:06PM

SINGAPURA: Dr Yaacob Ibrahim berkata beliau yakin, masyarakat Melayu/Islam mampu mencapai visi masyarakat cemerlang.

Menurut Dr Yaacob, meskipun beliau tidak lagi menyandang jawatan sebagai Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, beliau akan terus mencari jalan untuk menyumbang, mencari ruang sendiri untuk menyokong masyarakat.

"Sukar untuk saya meninggalkan masyarakat ini. Mungkin saya sudah bersara sebagai Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, saya masih lagi anggota masyarakat ini," kata Dr Yaacob dalam ucapan semasa Majlis Makan Malam anjuran Yayasan Mendaki di hotel Grand Hyatt Singapore, malam ini (2 Mei).

Majlis dihadiri lebih 200 orang yang terdiri daripada pemimpin masyarakat, sukarelawan dan kakitangan badan-badan Melayu Islam serta beberapa Anggota Parlimen Melayu.

Dr Yaacob berkata beliau tersentuh dengan sentimen dan sanjungan yang diluahkan para hadirin.

Namun apa yang lebih penting lagi katanya ialah apa yang telah mereka lakukan bagi masyarakat selama 16 tahun beliau menyandang jawatan sebagai Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam.

"Alhamdulillah, apabila merenung kembali bagi diri saya sendiri, ia satu perjalanan yang amat istimewa bersama anda semua untuk melihat kejayaan yang dicapai setiap tahun.

"Bila saya ikuti rombongan Mendaki, lihat projek Joy, pergi ke rumah-rumah peserta, kita lihat keceriaan kanak-kanak, lihat mereka membuka buku buat kali pertama, lawat Pusat Sains buat pertama kalinya, ia sesuatu yang amat istimewa bagi saya untuk tahu bahawa kita walau sumbangan sekecil mana pun dapat membuat perubahan kepada kehidupan mereka, harapnya secara berpanjangan,"kata Dr Yaacob.

Tambah beliau lagi, cabaran pada masa depan tentunya semakin kompleks. Maka itu, beliau mengajak masyarakat menggembeleng tenaga dan bersatu menghadapinya.

"Saya rasa ada banyak lagi perkara yang boleh saya lakukan untuk menyumbang kepada pembangunan masyarakat Melayu Islam.

"Ayuh kita teruskan perjalanan itu dan jika saya boleh menyumbang khidmat kepada anda, hubungi saya, saya gembira dapat terus memainkan peranan," tambah beliau. 

Sumber : BERITA Mediacorp/SU/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan